Abstract
Krisis kewangan Asia yang tercetus pada Julai 1997 turut mengheret Malaysia ke kancah kemelesetan ekonomi dalam dekad ini. Krisis yang dikatakan berpunca daripada kelemahan sistem kewangan telah memberi kesan yang buruk kepada sistem kadar pertukaran mata wang di mana nilai mata wang negara telah mengalami penguncupan yang teruk. Justeru itu, pada 2 September 1998, kerajaan telah mengumumkan ReJim Kadar Pertukaran Tetap bagi memastikan sistem tukaran mata wang Malaysia stabiI. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan rejim tersebut dalam mencapai objektif yang diinginkan oleh kerajaan. Dengan menggunakan ujian kointegrasi (cointegration test) dan ujian model pembetulan ralat (error correction model), maka ujian dilakukan bagi mengenalpasti hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara permintaan eksport barangan perkilangan dengan kadar tukaran efektif benar dan dami. Hasil kajian mendapati wujudnya hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Ini membuktikan bahawa pelaksanaan rejim kadar pertukaran tetap member! kesan yang positif kepada perkembangan eksport dan menjadikan eksport dari negara Malaysia lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Metadata
Download
53095.pdf
Download (121kB)