Kajian mengenai peranan dan pengaruh internet dan kewartawanan bloggers terhadap para pengundi semasa Pilihanraya Umum Malaysia 2008

Aziz, Baharuddin and Abd. Rahman, Abd. Rasid and Ghazali, Rahmat (2009) Kajian mengenai peranan dan pengaruh internet dan kewartawanan bloggers terhadap para pengundi semasa Pilihanraya Umum Malaysia 2008. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Media dan proses pilihanraya berkait rapat. Media elektronik dan media cetak mempunyai peranan dan implikasi tertentu dalam proses demokrasi, terutama dari segi membawa berita dan informasi mengenai calon-calon dan parti yang bertanding serta isu-isu yang hangat diperbahaskan bersempena dengan pilihanraya umum. Pada pilihanraya umum kali ini (2008) yang telah berlangsung pada 8 Mac, para pengundi yang berjumlah hampir 11 juta, boleh menyemak status pengundi masing-masing melalui perkhidmatan sistem pesanan ringkas atau SMS selain daripada melayari laman web SPR. Pilihanraya kali ini begitu rancak kerana parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) menghadapi parti-parti pembangkang yang bergabung di bawah panji sekutu yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR). Selepas hari penamaan calon (25 Mac), BN berhadapan dengan PR dengan susunan satu lawan satu di hampir kesemua kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi. Pilihanraya Umun yang ke-12 ini juga telah menyaksikan pengemblengan Internet terutama oleh parti-parti pembangkang untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi sekaligus cuba memikat perhatian dan sokongan mereka. Laman-laman blog wujud sebgai wadah yang berlainan atau media alternatif kepada kandungan yang lazimnya disiarkan oleh media arus perdana. Persoalannya: Sejauhmanakah Internet, khususnya laman-laman blog ini, telah berupaya mempengaruhi keputusan para pengundi untuk memilih parti dan/atau calon yang telah bertanding dalam pilihanraya umum 2008?

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 5299.pdf]
Text
5299.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics