Abstract
UiTM Cawangan Perak (UiTMCP) dipimpin oleh 6 ahli Pengurusan Eksekutif yang diketuai oleh Rektor. Pengurusan Eksekutif mengamalkan pendekatan yang sistematik dalam merancang, mensasarkan matlamat dan memimpin segala agenda yang perlu dilaksanakan untuk mencapai visi, misi dan objektif yang disasarkan dengan bantuan Pengurusan Dalaman iaitu ketua di setiap bahagian, fakulti, jabatan dan unit. Amalan nilai PERAK dan ESI-iDART sangat
ditekankan kepada semua warga dalam menjalankan setiap tugas yang diamanahkan. Pengurusan Eksekutif UiTMCP sentiasa peka terhadap perubahan dalam sistem dan proses kerja mengikut keadaan semasa bagi menjadikan UiTMCP sebuah universiti dinamik yang teguh mendokong visi menuju kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Cawangan Perak UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Student affairs services. Student personnel administration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Collections: | Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52789 |