Abstract
Penyelidikan ini telah dijalankan ke atas 283 orang pengguna di seluruh negeri Terengganu bagi melihat sejauhmanakah kesedaran penyewa tentang hak dan pengetahuan mereka terhadap peruntukan undang-undang berhubung dengan transaksi sewa beli. Kajian mendapati ingkar bayaran bukanlah satu masalah yang serius di kalangan pengguna. Majoriti penyewa tidak mempunyai masalah dalam menjelaskan ansuran. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian daripada penyewa tidak membaca perjanjian sewa beli dan tidak memahami isi kandungan perjanjian sewa beli sebelum menurunkan tandatangan mereka.. Kajian turut mendapati hanya 26.9 peratus (76 orang sahaja) yang benar-benar tahu hak mereka sementara selebihnya sebanyak 73.1 peratus lagi tidak begitu menyedari tentang kewujudan hak tersebut. Pihak pemunya didapati tidak megitu mengambil berat mengenai hak penyewa dan kurang memberi pendedahan tentang maklumat asas penyewaan kepada penyewa. Secara umumnya, pengetahuan penyewa tentang peruntukan akta adalah sederhana. Meskipun begitu, penyewa mempunyai kesedaran yang agak tinggi berhubung dengan beberapa hak mereka yang diperuntukkan di dalam Akta.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muda @ Yusof, Syafini UNSPECIFIED Bidin, Asiah UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Commercial law K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Record keeping. Bank secrets. Including money laundering K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Constitutional law K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Payment |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Law Department, UiTM Terengganu |
Keywords: | Peruntukan Undang-Undang ; Transaksi Kredit ; Sewa Beli |
Date: | February 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52716 |
Download
52716.pdf
Download (111kB)