Abstract
Menurut beberapa pujangga, tamadun bermula sejak
manusia menamatkan cara hidup "nomad" di mana
manusia telah mula hidup secara tetap dengan membina
rumah-rumah. Apabila Jumlah manusia meningkat dari
sehari ke sehari kesedaran sivik mula wujud, dari
kesedaran ini maka timbullah keinginan untuk hidup
dalam sebuah komuniti. Sebagaimana yang telah diketahui, masalah di bandar-bandar terutamanya adalah sangat ketara. Manusia seolah-olah telah tidak lagi mewujudkan hubungan yang baik di antara Jiran-Jiran walaupun mereka berada dalam satu komuniti. Masing-masing membuat hal mereka sendiri dan tidak mahu langsung mengambil tahu hal orang lain walaupun orang tersebut adalah jiran sebelah rumah mereka. Masalah ini sudah tentulah akan mewujudkan gejala yang tidak sihat, seperti jenayah dan sebagainya. Dengan sebab kesedaran tentang masalah inilah maka Perdana Menteri kita, Datuk Seri Dr. Mahadhir Mohamed sendiri telah melahirkan kebimbangannya tentang hubungan kejiranan yang semakin berkurangan. Berikutan dengan inilah maka berbagai-bagai langkah telah dibuat seperti kajian-kajian yang berkaitan dengan hubungan sosial, mewujudkan perancangan yang lebih terstur di mana dapat memberikan hubungan kejiranan yang baik di samping mengadakan kempen kempen kejiranan bagi memberi kesedaran kepada penduduk.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Saad, Rohana UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1992 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/527 |
Download
PPd_ROHANA SAAD AP 92_5 P01.pdf
Download (134kB) | Preview