Budaya berhibur menerusi aplikasi smule dalam karya arca instalasi / Aznan Omar, Syed Alwi Syed Abu Bakar and Mahizan Hijaz Muhammad

Omar, Aznan and Syed Abu Bakar, Syed Alwi and Muhammad, Mahizan Hijaz (2021) Budaya berhibur menerusi aplikasi smule dalam karya arca instalasi / Aznan Omar, Syed Alwi Syed Abu Bakar and Mahizan Hijaz Muhammad. Idealogy Journal, 6 (2). pp. 43-52. ISSN 2550-214X
Abstract

Projek penyelidikan ini merupakan interpretasi semula fenomena masyarakat tentang budaya berhibur menerusi aplikasi hiburan tentang tingkah laku dan obsesi terhadap hiburan atas talian di media sosial menerusi fabrikasi karya arca instalasi. Penerokaan idea terhadap aspek hiburan digital diinspirasikan dari karya rujukan iaitu Scott Snibbe. Rujukan menitikberatkan aspek amalan hiburan masyarakat pengguna menerusi interaksi dan perkongsian sosial menerusi media digital. Kaedah penyelidikan praktik studio digunakan menerusi pendekatan refleksi kendiri secara kritikal, eksperimentasi studio dan ulasan kontekstual menerusi sesi kritik. Projek penyelidikan ini memberi sumbangan dalam bidang Seni Halus melahirkan himpunan koleksi simbolik visual dan perkaitan isu-isu kolektif budaya berhibur dalam konteks gaya hidup popular masyarakat digital masa kini. Projek penyelidikan ini memberi impak dalam penjanaan pemahaman terhadap trend dan amalan hiburan digital yang begitu digemari yang bersifat variasi, sentiasa berubah-ubah dan membentuk budaya popular menerusi semangat dan tingkah laku, keinginan dan kepuasan serta ekspresi masyarakat pengguna.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 52175.pdf]
Text
52175.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics