Abstract
Projek penyelidikan ini merupakan interpretasi semula fenomena masyarakat tentang budaya berhibur menerusi aplikasi hiburan tentang tingkah laku dan obsesi terhadap hiburan atas talian di media sosial menerusi fabrikasi karya arca instalasi. Penerokaan idea terhadap aspek hiburan digital diinspirasikan dari karya rujukan iaitu Scott Snibbe. Rujukan menitikberatkan aspek amalan hiburan masyarakat pengguna menerusi interaksi dan perkongsian sosial menerusi media digital. Kaedah penyelidikan praktik studio digunakan menerusi pendekatan refleksi kendiri secara kritikal, eksperimentasi studio dan ulasan kontekstual menerusi sesi kritik. Projek penyelidikan ini memberi sumbangan dalam bidang Seni Halus melahirkan himpunan koleksi simbolik visual dan perkaitan isu-isu kolektif budaya berhibur dalam konteks gaya hidup popular masyarakat digital masa kini. Projek penyelidikan ini memberi impak dalam penjanaan pemahaman terhadap trend dan amalan hiburan digital yang begitu digemari yang bersifat variasi, sentiasa berubah-ubah dan membentuk budaya popular menerusi semangat dan tingkah laku, keinginan dan kepuasan serta ekspresi masyarakat pengguna.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Aznan aznan760@uitm.edu.my Syed Abu Bakar, Syed Alwi syeda214@uitm.edu.my Muhammad, Mahizan Hijaz kotak2kaca@gmail.com |
Subjects: | N Fine Arts > NB Sculpture N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 43-52 |
Keywords: | Budaya Berhibur, Aplikasi Hiburan Mudah Alih, Seni Arca Instalasi |
Date: | September 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52175 |