Seni kreatif dengan penggunaan medium sisa dalam era norma baharu / Khairi Asyraf Abdul Karim

Abdul Karim, Khairi Asyraf (2021) Seni kreatif dengan penggunaan medium sisa dalam era norma baharu / Khairi Asyraf Abdul Karim. Idealogy Journal, 6 (2). pp. 35-42. ISSN 2550-214X

Abstract

Kreativiti merupakan suatu kemahiran berfikir yang dilakukan untuk menyampai suatu idea sementara itu, pemikiran kritis pula merupakan kemahiran untuk menilai suatu idea yang terhasil daripada kreativiti. Terminologi yang sering kali digunakan untuk menggambarkan pemikiran kreatif ialah berfikir diluar kotak. Menjadikan kreativiti sebagai membangunkan idea tidak membataskan pekerjaan kepada suatu latar belakang yang statik adalah senario yang biasa dilihat kini. Melalui idea kreatif, karya seni boleh terhasil walaupun kekangan semasa negara dilanda pandemik yang menyarankan perintah berkurung dan membataskan pergerakan untuk mencari material untuk berkarya. Keunikan dalam proses menghasilkan karya ini adalah dengan menggantikan kanvas, warna akrilik atau cat air dan alat-alat melukis dengan bahan yang lain. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/MCO) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan alatan seni. Senario semasa yang dihadapi kini membangunkan persoalan yang menjerumus kepada perkembangan idea itu sendiri. Apakah perlu untuk mencari idea? Apakah kesannya apabila bahan-bahan yang sedia ada digunakan untuk dijadikan bahan atau media? Pernahkah sesiapa terfikir untuk berbuat demikian dalam situasi yang dihadapi kini? Inikah yang dikatakan sebagai kreativiti? Mungkinkah ini realiti yang berlaku untuk berkarya dalam norma baru? Karya seni ini menggunakan konsep asas sesuai dengan norma baru seperti barunya bayi yang hendak belajar tentang kehidupan. Lukisan abstrak yang dihasilkan menggunakan bentk-bentuk asas yang boleh dilihat dalam kehidupan harian. Bentuk-bentuk bujur dan bentuk asas seperti kotak digunakan pada lukisan ini. Bentuk-bentuk ini dipilih kerana ia merupakan konsep asas dalam mempelajari lukisan. Situasi inilah yang perlu dipraktikkan dalam menghadapi norma baru dengan memulakan karya menggunakan teknik asas lukisan. Semua ini bukan hanya sebuah seni tetapi kreativiti memainkan peranan penting dalam pembangunan karya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Karim, Khairi Asyraf
khairikarim@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > ND Painting
N Fine Arts > ND Painting > Technique and materials
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 35-42
Keywords: kreatif, kreativiti, bahan buangan, kitar semula, norma baharu
Date: September 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52173
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 52173.pdf] Text
52173.pdf

Download (1MB)

ID Number

52173

Indexing

Statistic

Statistic details