Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan emoji senyum reka bentuk flat dan skeuomorphism pada poster bercetak dalam aspek menstimulasi kesedaran pengguna. Sebanyak enam buah poster kesedaran keselamatan yang terdiri daripada enam reka bentuk emoji senyum yang berbeza, iaitu emoji garis, emoji garis berwarna, emoji vektor, emoji garis dan bayang, emoji tiga dimensi (3D) dan emoji realistik dibangunkan dan diuji. Reka bentuk eksperimen kuasi telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian dan data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan analisis statistik one-way ANOVA serta ujian post hoct. Seramai 700 orang pelajar Tahun 1 dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) terlibat sebagai sampel kajian. Setiap poster kesedaran dinilai oleh 100 orang pelajar termasuk sebuah poster teks tanpa emoji sebagai kumpulan kawalan. Skala stimulasi bagi instrumen User Experience Questionnaire (UEQ) digunakan bagi mendapatkan maklum balas dari responden. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan emoji senyum dalam poster bercetak adalah lebih berkesan berbanding poster dengan teks semata-mata bagi tujuan menstimulasi kesedaran pengguna. Namun, aspek reka bentuk emoji senyum di dapati turut memberi kesan terhadap stimulasi kesedaran pengguna. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengesyorkan reka bentuk emoji garis berwarna, emoji vektor, emoji garis dan bayang serta emoji 3D lebih sesuai dijadikan pilihan bagi menghasilkan poster kesedaran bercetak.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Daud, Noorlida noor_lida@yahoo.com Mohamad Ali, Ahmad Zamzuri zamzuri@fskik.upsi.edu.my |
Subjects: | N Fine Arts > NX Arts in general N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 6 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 1-20 |
Keywords: | Emoji, flat, poster, stimulasi, skeuomorphism |
Date: | September 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52121 |