Abstract
Pahang atau dikenali dengan pelbagai nama yang lain seperti Peng –Heng atau Pong-Fong melakar susur galur pemerintahan bermula daripada keturunan Raja-raja Melaka iaitu Sultan Muhammad Shah (1470-1475) sehingga Sultan Mahmud Shah. Setelah itu, keturunan Bendahara Tun Habib Abdil Majid, keturunan Bendahara Melaka telah mengambil alih tampuk pemerintahan Pahang dan akhirnya pada tahun 1882 Bendahara Wan Ahmad menjadi keturunan Bendahara yang pertama telah memakai gelaran DYMM Sultan. Sementara itu, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang yang menjadi autoriti utama sistem pentadbiran kerajaan Pahang telah dimeterai pada tahun 1948 oleh DYMM Sultan Abu Bakar Ri‟ayatuddin Mu‟azzam Shah Ibni Almarhum Almuktasim Billah Sultan Abdullah. Kertas kerja ini membincangkan susur galur pemerintahan beraja Pahang dan kuasa, hak dan kedaulatan Raja Pemerintah dengan merujuk kepada peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Pauzi, Suria Fadhillah suriapauzi@pahang.uitm.edu.my Othman, Zarith Sofiah zarithsofiah@pahang.uitm.edu.my Syed Hamid, Sharifah Shatrah shatrah@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Constitutional law K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Constitutional law > Form and structure of government |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
Journal or Publication Title: | International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014) |
Event Title: | “Harmonising Law and Social Norms” International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014) |
Event Dates: | 10-11 September 2014 |
Page Range: | pp. 1-12 |
Keywords: | Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, raja pemerintah, kuasa, hak, kedaulatan |
Date: | September 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52113 |