Kajian awalan penanaman tumbuhan ubatan di luar habitat asalnya / Wan Hanisah Wan Ismail … [et al.]

Wan Ismail, Wan Hanisah and Jaafar, Ahmed Azhar and Abdul Ghani, Zulkifli and Musa, Mohd Supi (2004) Kajian awalan penanaman tumbuhan ubatan di luar habitat asalnya / Wan Hanisah Wan Ismail … [et al.]. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Satu kajian awalan telah dilakukan untuk mengenal pasti dan mengkaji perkara-perkara asas berkait dengan keperluan, teknik penanaman dan amalan agronorni bagi beberapa spesies tumbuhan yang hidup liar di Hutan Simpan UiTM Jengka. Tujuh spesies tumbuhan ubatan yang berpotensi dan diguna pakai di dalam perubatan tradisional telah dikenalpasti. Keratan dari spesies-spesies ini telah disemai di tapak semaian menggunakan media campuran 3:2:1 (tanah atas, pasir dan bahan organik). Hanya dua spesies yang berjaya mengeluarkan tunas iaitu Lasianthus sp. (Sebertut) dan Thottea grandiflora (Hempedu Landak). Walaubagaimana pun tunas-tunas yang dikeluarkan tidak bertahan lama. Kumpulan penyelidik berpendapat ini kemungkinan berkait dengan faktor-faktor lain seperti mikro-iklim dan faktor biotik yang di luar skop kajian ini. Namun begitu, kumpulan penyelidik juga berpendapat, kedua-dua tumbuhan ini berpotensi untuk diperkembangkan apabila kajian yang lebih meluas dan mendalam dilakukan bagi mengetahui keperluan dan faktor pertumbuhan secara yang lebih menyeluruh.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 51623.PDF]
Text
51623.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics