Abstract
Satu kajian awalan telah dilakukan untuk mengenal pasti dan mengkaji perkara-perkara asas berkait dengan keperluan, teknik penanaman dan amalan agronorni bagi beberapa spesies tumbuhan yang hidup liar di Hutan Simpan UiTM Jengka. Tujuh spesies tumbuhan ubatan yang berpotensi dan diguna pakai di dalam perubatan tradisional telah dikenalpasti. Keratan dari spesies-spesies ini telah disemai di tapak semaian menggunakan media campuran 3:2:1 (tanah atas, pasir dan bahan organik). Hanya dua spesies yang berjaya mengeluarkan tunas iaitu Lasianthus sp. (Sebertut) dan Thottea grandiflora (Hempedu Landak). Walaubagaimana pun tunas-tunas yang dikeluarkan tidak bertahan lama. Kumpulan penyelidik berpendapat ini kemungkinan berkait dengan faktor-faktor lain seperti mikro-iklim dan faktor biotik yang di luar skop kajian ini. Namun begitu, kumpulan penyelidik juga berpendapat, kedua-dua tumbuhan ini berpotensi untuk diperkembangkan apabila kajian yang lebih meluas dan mendalam dilakukan bagi mengetahui keperluan dan faktor pertumbuhan secara yang lebih menyeluruh.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Ismail, Wan Hanisah UNSPECIFIED Jaafar, Ahmed Azhar UNSPECIFIED Abdul Ghani, Zulkifli UNSPECIFIED Musa, Mohd Supi UNSPECIFIED |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial |
Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
Page Range: | pp. 315-319 |
Keywords: | Tumbuhan ubatan, Lasianthus sp (Sebertut), Thottea grandiflora (Hempedu Landak) |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51623 |