Abstract
Memandangkan masalah pengangkutan kepada kakitangan kerajaan
adalah salah satu isu penting yang mesti diselesaikan atau
sekurang-kurangnya diatasi demi meningkat produktiviti dan mutu
kerja maka adaiah dirasai perlu ianya dikaji dan seterusnya
memberi pandangan-pandangan demi kebaikan bersama.
Walaupun ianya menjadi masalah kepada kakitangan kerajaan
dengan perkenalan kepada sistem kad perakam waktu namun ianya
tnenjadi tanggungjawab bersama kepada semua penduduk Malaysia
amnya dan penduduk kawasan bandar khasnya.
Kerajaan bagi pihak kakitangan telah meletakkan tanggungjawab
ini kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga
Manusia (MAMPU) di Jabatan Perdana Menteri untuk mencari
dan membaiki masalah yang ada sekarang.
Sebagai menyahut seruan kerajaan dan menjalankan tugas yang
telah dipertanggungjawabkan maka pihak MAMPU telah sedaya
upaya cuba menyelesaikan masalah dan membuat perundingan
dengan beberapa Syarikat Bas di Kuala Lumpur untuk
memperkenalkan perkhidmatan khas secara terus kepada.
kakitangan kerajaan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sarmany, Ramli UNSPECIFIED Idris, Azmil UNSPECIFIED Mamat, Arsof UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Business and Management |
Date: | 1984 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/516 |
Download
PPd_RAMLI SARMANY BM 84_5 P01.pdf
Download (93kB) | Preview