Hukuman mati: satu tinjauan dari sudut sejarah perundangan di Malaysia / Rahmath Nisa Segu Alavudin and Jal Zabdi Mohd Yusoff

Segu Alavudin, Rahmath Nisa and Mohd Yusoff, Jal Zabdi (2014) Hukuman mati: satu tinjauan dari sudut sejarah perundangan di Malaysia / Rahmath Nisa Segu Alavudin and Jal Zabdi Mohd Yusoff. In: “Harmonising Law and Social Norms” International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014), 10-11 September 2014.

Abstract

Kajian-kajian awal yang dijalankan menunjukkan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati yang masih berkuatkuasa di Malaysia pada masa kini telah wujud sejak sekian lama. Ini termasuklah semasa Empayar Kesultanan Melaka yang mana undang-undang adat tetap terus diamalkan disamping wujudnya pengaruh undang-undang Islam. Manakala, di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang adat memainkan peranan yang lebih penting berbanding Semenanjung Malaysia. Secara spesifiknya sejarah perundangan yang ditelusuri membuktikan bahawa hukuman mati telah wujud di dalam Hukum Kanun Melaka (HKM) iaitu kira-kira 605 tahun yang lalu. Fakta ini sekaligus mengukuhkan hujah bahawa hukuman mati pernah dipraktikkan di negara ini sebelum kehadiran penjajah Barat dan pelaksanaan undang-undang mereka. Pengenalan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati di Malaysia, penguatkuasaan serta pelaksanaannya di Mahkamah dilihat pada satu peringkat agak berkembang. Ini ternyata dengan beberapa peruntukan tambahan yang memperkenalkan hukuman mati sama ada secara mandatori atau hukuman alternatif. Justeru itu, di dalam artikel ini, penulis-penulis akan menyelusuri perkembangan undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati di Malaysia bagi melihat niat dan hasrat penggubal undang-undang. Hal ini adalah penting dalam konteks perkembangan semasa yang mana terdapat desakan daripada serata peringkat mengenai pemansuhan undangundang yang memperuntukkan hukuman mati.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Segu Alavudin, Rahmath Nisa
rahmathnisa5@gmail.com
Mohd Yusoff, Jal Zabdi
jalzabdi@um.edu.my
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Criminal law and procedure
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Journal or Publication Title: International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014)
Event Title: “Harmonising Law and Social Norms” International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014)
Event Dates: 10-11 September 2014
Page Range: pp. 1-10
Keywords: Hukuman mati, sejarah, Malaysia, Hukum Kanun Melaka
Date: September 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51198
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 51198.pdf] Text
51198.pdf

Download (338kB)

ID Number

51198

Indexing

Statistic

Statistic details