Abstract
Akta Francais 1998 telah dipinda buat pertama kalinya pada tahun 2012 dan ia melibatkan beberapa perkara antaranya alasan penamatan perjanjian francais. Secara umumnya, perjanjian francais yang telah ditandatangani tidak boleh ditamatkan oleh francaisor atau francaisi sebelum tamat tempoh francais seperti yang dinyatakan dalam perjanjian francais. Akta Francais 1998 memperuntukkan bahawa perjanjian ini boleh ditamatkan oleh francaisor atau francaisi lebih awal daripada tempohnya jika mempunyai ‘sebab yang baik’. ‘Sebab yang baik’ ini dibahagikan kepada dua iaitu sebab atau alasan bagi penamatan dengan notis dan juga sebab atau alasan bagi penamatan tanpa notis. Oleh sebab itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas elemen ‘sebab yang baik’ yang boleh digunakan oleh francaisor atau francaisi untuk menamatkan perjanjian francais sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Francais 1998 sebelum dan selepas pindaannya pada tahun 2012. Dapatan kertas kerja ini menunjukkan alasan yang dinyatakan di dalam Akta Francais 1998 selepas pindaan pada tahun 2012 bukan sahaja menambahkan alasan penamatan tersebut tetapi yang paling penting pindaan ini turut memberi ruang kepada francaisi untuk menamatkan perjanjian atas ‘sebab yang baik.’
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaacob, Nurli nurli@uum.edu.my |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) J Political Science > JX International law |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah |
Journal or Publication Title: | International Conference on Law, Policy and Social Justice |
Event Title: | “Harmonising Law and Social Norms” International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014) |
Event Dates: | 10 - 11 September 2014 |
Page Range: | pp. 1-10 |
Keywords: | Perjanjian Francais, Akta Francais 1998 |
Date: | September 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/51168 |