Abstract
Agenda pendidikan British untuk anak-anak Melayu kelas bawahan di Tanah Melayu sekadar tertumpu kepada reka bentuk pendidikan yang membolehkan mereka terus menyesuaikan dan mengekalkan diri dengan pekerjaan status-quo sebagai petani dan nelayan. Begitu juga halnya dengan pelatih-pelatih yang diterima masuk mengikuti latihan perguruan di SITC (Sultan Idris Training College). Pelatih SITC yang telah berjaya menjadi guru kelak bakal mendidik anak-anak Melayu yang sekadar celik membaca, menulis dan mengira. Kajian kualitatif berdasarkan metod kepustakaan sejarah ini akan mengaitkan keterbatasan pendidikan yang diterima oleh pelatih-pelatih SITC dengan faktor-faktor yang mencetus kebangkitan ideologi dan semangat kebangsaan. Akhirnya kajian ini mendapati dalam usaha British mempertahankan agenda pendidikan mereka nampaknya tidak keseluruhannya mencapai objektif yang diharapkan. Akibat yang timbul tidak pernah terfikir akan berlaku. Dalam sisi yang lain, segala kekangan dan kekurangan yang sengaja diwujudkan telah mentransformasikan sosialisasi pelatih SITC untuk tekad gigih berjuang membela hak dan ketuanan Melayu yang akhirnya telah membariskan nama para nasionalis Melayu kelahiran SITC dalam lipatan sejarah Malaysia sebagai warisan pejuang bangsa dan tanah air.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sulaiman, Zuraidah zuraidah134@melaka.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LA History of education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago |
Event Dates: | 11-12 December 2012 |
Page Range: | pp. 715-724 |
Keywords: | pendidikan kelas bawahan; transformasi; perjuangan; warisan. |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50928 |