Aspek keselamatan berkaitan rumah kediaman dalam Islam : satu huraian berdasarkan kaedah-kaedah fiqh / Zahari Mahad Musa

Musa, Zahari Mahad (2012) Aspek keselamatan berkaitan rumah kediaman dalam Islam : satu huraian berdasarkan kaedah-kaedah fiqh / Zahari Mahad Musa. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Rumah kediaman adalah sebahagian persekitaran dan mempunyai hubungan yang rapat dengan setiap pembangunan insan. Pembinaan dan kesejahteraan kehidupan insan bermula dengan rumah kediaman yang baik dan berkualiti. Ini kerana, rumah kediaman bukan setakat ruang fizikal semata-mata, malah ia menjadi tempat bermulanya interaksi sosial dan pembinaan komuniti yang sejahtera. Tegasnya, Islam menetapkan panduan yang terperinci berkaitan rumah kediaman yang berkualiti. Malah rumah kediaman menjadi sebahagian aras piawaian kebahagian dalam kehidupan di dunia. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan salah satu aspek penting dalam syarat sesebuah rumah kediaman iaitu aspek keselamatan. Fokus keselamatan berkaitan rumah kediaman akan ditumpukan kepada prinsip dan amalan utama yang dibincangkan dalam karya warisan fiqh Islam bagi sesebuah rumah kediaman yang dapat memberi kesejahteraan insan dan kualiti hidup komuniti. Perbincangan dalam kertas kerja ini didasarkan kepada analisis data yang melibatkan kaedah-kaedah fiqh utama yang diambil berdasarkan nas-nas syarak atau huraian ulama berkaitan isu rumah kediaman. Huraian ini memperlihatkan bahawa Islam menetapkan panduan dan peraturan bersepadu yang menyentuh rumah kediaman. Rumah kediaman bukan sahaja dilihat sebagai ruang atau persekitaran fizikal fizikal semata-mata, malah mengatur kualiti kehidupan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Musa, Zahari Mahad
zahari@usim.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
N Fine Arts > NA Architecture > Islamic architecture. Moorish architecture
N Fine Arts > NA Architecture > Islamic architecture. Moorish architecture > Malaysia
T Technology > TH Building construction > Security systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 489-496
Keywords: Keselamatan rumah kediaman, Kaedah fiqh
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50925
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50925.pdf] Text
50925.pdf

Download (4MB)

ID Number

50925

Indexing

Statistic

Statistic details