Pengaruh budaya luar dalam senibina masjid di Lembah Kinta, Perak : kajian kes terhadap masjid yang dibina pada tahun 1880-1930 / Wan Noor Anira Hj Wan Ali , Norasikin Hj Hassan dan Khalilah Hassan

Wan Ali, Wan Noor Anira and Hassan, Norasikin and Hassan, Khalilah (2012) Pengaruh budaya luar dalam senibina masjid di Lembah Kinta, Perak : kajian kes terhadap masjid yang dibina pada tahun 1880-1930 / Wan Noor Anira Hj Wan Ali , Norasikin Hj Hassan dan Khalilah Hassan. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan nilai sejarah dan menjadi warisan bagi masyarakat masa kini. Salah satu nilai sejarah dan warisan ialah masjid-masjid tradisional atau masjid lama yang dibina antara tahun 1880 hingga tahun 1930 dengan bercirikan senibina yang unik dan indah. Masjid merupakan elemen fizikal yang terpenting bagi umat islam sejak dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah kini. Ia merupakan sebagai tempat beribadah kepada Allah s.w.t. Maka kajian ini akan mengenalpasti sejarah pengaruh budaya luar terhadap perancangan senibina dan rekabentuk masjid di Lembah Kinta. Masjid- masjid ini ada yang berusia lebih daripada 100 tahun dan merupakan salah satu lambang senibina tempatan yang dipengaruhi dan diasimilasikan oleh budaya luar. Hal yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti samaada senibinanya dipengaruhi atau diasimilasikan oleh budaya luar antaranya kolonial, Nusantara yang merujuk kepada Sumatera, Acheh atau Indonesia dan pengaruh asing lain seperti Arab, India dan China serta pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam terdahulu. Ini termasuklah menganalisa dari segi rupa bentuk, seni ukiran dan konsep serta falsafah terhadap senibina masjid di Lembah Kinta serta unsur-unsur lain yang mempengaruhi rekabentuknya. Melalui penerangan dan kajian yang jelas, pengaruh budaya luar terhadap nilai-nilai konsep dan falsafah senibina masjid di Daerah Kinta dapat dikenalpasti. Di samping ia juga dapat mendidik masyarakat umum terhadap kepentingan nilai warisan senibinanya dan menjadi anjakan kesinambungan dalam budaya hidup masyarakat Islam Negeri Perak khususnya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Ali, Wan Noor Anira
wannoor367@perak.uitm.edu.my
Hassan, Norasikin
UNSPECIFIED
Hassan, Khalilah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architecture in relation to special subjects
N Fine Arts > NA Architecture > Architecture in relation to special subjects > Malaysia
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NA Architecture > Islamic architecture. Moorish architecture
N Fine Arts > NA Architecture > Mosques
N Fine Arts > NA Architecture > Mosques > Malaysia
N Fine Arts > NA Architecture > Islamic architecture. Moorish architecture > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 194-208
Keywords: Budaya luar, Senibina, Masjid, Lembah Kinta, Pengaruh, Asimilasi.
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50921
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50921.pdf] Text
50921.pdf

Download (5MB)

ID Number

50921

Indexing

Statistic

Statistic details