Abstract
Ilmu yang membincangkan kritikan dan pujian ke atas seseorang perawi (‘Ilm al-Jarh wa al-Ta’dil) merupakan disiplin dalam ilmu kajian sanad. Kelayakan agama (al-diyanah) dan kemampuan ingatan (al-dabt) seseorang perawi dikritik dan diadili sebelum riwayat hadith daripadanya diterima. Dalam mengkritik pula terdapat kaedah yang disusun oleh ulama hadith yang dibina daripada kekurangan pada sifat adil atau pun kekurangan pada daya ingatan. Namun dalam kitab-kitab rijal akan dijumpai beberapa sebab kritikan terhadap seseorang perawi yang tidak muktabar seperti akibat perbuataan seseorang perawi, pekerjaan beliau, lafaz kritikan yang bermaksud peradilan (ta‘dil) dan lafaz kritikan yang berbentuk gelaran (laqab). Artikel ini mengkaji sebab-sebab tajrih yang tidak muktabar tersebut.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Jamil, Wan Kamal Nadzif UNSPECIFIED Mohd Nason, Amir UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Hadith literature. Traditions. Sunna B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago |
Event Dates: | 11-12 December 2012 |
Page Range: | pp. 605-617 |
Keywords: | Tajrih; Perawi; Hadith; Sanad; Rijal |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50920 |