Abstract
Pengurusan hartanah yang efektif ke arah memperkasakan asnaf zakat dalam bidang pertanian amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya di luar bandar. Oleh itu, kajian yang dilakukan ke atas pengurusan dalam sektor pertanian padi ini dapat digunakan bagi membantu memperkasakan ekonomi asnaf. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengurusan hartanah pertanian padi yang efektif bagi menjana pulangan yang tinggi kepada data kualitatif dan kuantitatif. Data-data diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada seluruh populasi seramai 56 orang responden yang terdiri daripada pemilik tanah dan pengusaha di Daerah Perak Tengah. Sebanyak 22 item soalan dirangka dan data dianalisis menggunakan transkripsi borang soal selidik. Hasil dipersembahkan dalam bentuk memerihalkan semula dapatan kajian untuk mendapatkan nilai pulangan bagi setiap pengusaha padi. Hasil kajian menunjukkan kadar pulangan yang diperolehi oleh pengusaha padi melayakkan mereka melunaskan zakat pertanian padi. Melalui kajian ini, pihak Majlis Agama Islam Negeri boleh mengenalpasti pengusaha yang layak melunaskan kadar zakat pertanian padi. Seterusnya zakat pertanian mampu menjadi sumber ekonomi negara sekaligus membasmi kemiskinan apabila zakat dapat dikeluarkan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ali, Siti Nadiah UNSPECIFIED Chuweni, Nor Nazihah UNSPECIFIED Ismail, Masthurhah UNSPECIFIED Ali, Suhaila UNSPECIFIED Ismail, Nur'Ain UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land use > Real estate business. Real property |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago |
Event Dates: | 11-12 December 2012 |
Page Range: | pp. 497-506 |
Keywords: | Pengurusan padi, kadar kemiskinan, pulangan pertanian padi, zakat pertanian padi. |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50915 |