Warisan budaya rumah Minangkabau Negeri Sembilan dan Sumatera Barat : ruang dalaman dan pengaruh matrilineal / Setiawan Hardono dan Azizi Bahauddin

Hardono, Setiawan and Bahauddin, Azizi (2012) Warisan budaya rumah Minangkabau Negeri Sembilan dan Sumatera Barat : ruang dalaman dan pengaruh matrilineal / Setiawan Hardono dan Azizi Bahauddin. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Di rantau Nusantara, budaya masyarakatnya sangat terkenal dengan keunikan warisan seni bina rumah Minangkabau dan adat berketurunan ibu atau dikenali sebagai matrilineal. Si ibu dan anak perempuannya diberi keistimewaan mewarisi harta pusaka rumah Minangkabau. Justeru itu, keunikan senibina rumah Minangkabau ini adalah lahir daripada dominasi kaum matrilineal. Namun, rumah Minangkabau di Negeri Sembilan, Malaysia berbeza dengan rumah Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia walaupun kedua-dua masyarakatnya wujud daripada budaya yang sama. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti dan menganalisis pengaruh matrilineal pada ruang dalaman rumah Minangkabau di Negeri Sembilan dan Sumatera Barat. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah menyelidik dan menganalisa perancangan ruang dalaman rumah Minangkabau melalui kajiankajian yang lepas seterusnya diikuti dengan kajian lapangan di kampung-kampung tradisional Negeri Sembilan. Diharapkan hasil kajian ini dapat mengesahkan teori pengaruh matrilineal pada ruang dalaman yang mewujudkan perbezaan rumah minangkabau di Negeri Sembilan dan Sumatera Barat.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hardono, Setiawan
setiawan8431@gmail.com
Bahauddin, Azizi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NA Architecture > Architecture, Minangkabau
N Fine Arts > NA Architecture > Special classes of buildings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 330-337
Keywords: rumah Minangkabau, ruang dalaman, pengaruh matrilineal
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50909
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50909.pdf] Text
50909.pdf

Download (5MB)

ID Number

50909

Indexing

Statistic

Statistic details