Pengaruh seni Islam dalam tarian dabus Perak : satu tinjauan lapangan / Rozimah Bidin dan Juriah Mohd Amin

Bidin, Rozimah and Mohd Amin, Juriah (2012) Pengaruh seni Islam dalam tarian dabus Perak : satu tinjauan lapangan / Rozimah Bidin dan Juriah Mohd Amin. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.
Abstract

Kebanyakan geraktari tarian tradisional Melayu diwarisi daripada kaum keluarga terdekat seperti nenek, datok, bapa, bapa saudara dan sepupu sehinggakan asal-usulnya sukar untuk dikenalpasti. Tarian dabus ialah salah satu tarian tradisi Melayu negeri Perak yang diwarisi dari zaman ke zaman. Pada suatu ketika dahulu tarian ini begitu popular dalam kalangan masyarakat umum setempat. Geraktari asli tarian dabus yang diamalkan mempunyai peraturan dan amalan tertentu. Peraturan dan amalan bermula daripada sebelum persembahan tarian sehinggalah tarian tamat. Perkembangan Islam di Alam Melayu telah mempengaruhi sedikit sebanyak peraturan dan amalan dalam tarian dabus serta mengikis beberapa amalan asal dalam tarian tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan peraturan dan amalan yang masih digunakan dalam persembahan gerak tari tarian dabus hari ini. Perbincangan akan menjurus kepada membandingkan peraturan dan amalan geraktari asli tarian dabus sebelum dan selepas Islam. Maklumat diperolehi menerusi tinjauan lapangan dengan penggiat tarian ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50907.pdf]
Text
50907.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics