Abstract
Syair Dagang dipercayai telah ditulis kira-kira pada penghujung abad ke 16M atau awal abad ke 17M, iaitu pada zaman kekuasaan Kerajaan Aceh Darussalam. Objektif kajian, untuk mengenengahkan inti pati intelektualisme yang ada dalam manuskrip Melayu lama, agar dapat dimanfaatkan bagi menghadapi cabaran milenium. Fokus kajian, adalah asas pemikiran yang ada dalam Syair Dagang, dan menyingkap keindahan bahasa dan ketinggian daya kretiviti dan akal budi Melayu. Kajian perpustakaan ini akan diperteguh oleh kajian ilmiah dan buku-buku yang ditulisan dari pelbagai disiplin ilmu. Hasil kajian dapat memperjelas dan menyokong pendapat, bahawa “asas pemikiran dan budaya masyarakat Alam Melayu adalah dari sumber Islam”. Hal ini membawa maksud, bahawa kesinambungannya juga adalah atas asas yang sama dan ia perlu dipertahankan demi kesinambungan peradaban Melayu dalam menghadapi tentangan zaman.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Norsiah norsiahs@salam.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies P Language and Literature > PN Literature (General) > Poetry > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago |
Event Dates: | 11-12 December 2012 |
Page Range: | pp. 680-689 |
Keywords: | Manuskrip Syair Dagang, akal fikiran dan Alam Melayu |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50896 |