Adakah pemilikan strata merupakan pemilikan sebenar? / Nor Azalina Yusnita Abdul Rahman, Mohd Zamri Husin dan Asma Senawi

Abdul Rahman, Nor Azalina Yusnita and Husin, Mohd Zamri and Senawi, Asma (2012) Adakah pemilikan strata merupakan pemilikan sebenar? / Nor Azalina Yusnita Abdul Rahman, Mohd Zamri Husin dan Asma Senawi. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Pemilikan hartanah adalah merupakan suatu perkara penting yang perlu diberi keutamaan oleh setiap individu, antara aspek penilaian yang perlu diambilkira adalah jenis harta, kos pembelian, lokasi (risiko), kemudahan yang menyokong kepada keperluan serta aspek kemudahsampaian. Jenis hartanah dalam konteks pemilikan di negara ini boleh dikategorikan kepada dua (2) iaitu harta bertanah (landed property) dan pemilikan bagi hartanah berbilang tingkat yang juga dinamakan skim strata. Pemilikan bagi kedua-dua jenis pembangunan ini tertakluk kepada pemilikan dan perundangan yang berbeza di mana pemilikan menerusi Kanun Tanah Negara memberi hak kepada pemiliknya untuk memindahmilik, memajak, menggadai, selain itu pemilik juga berhak untuk memecah dan menyatukan sempadan dan bahagian serta berhak untuk mengguna dan menikmati seluas ruang udara yang ada di atas permukaan tanah dan seluas mana tanah yang ada di bawah permukaan bumi. Manakala pemilikan menerusi Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS), menyediakan urusan pecah bahagi bangunan dan tanah bagi hartanah yang dikongsi. Ia melibatkan permohonan untuk pecah bahagi, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik, menyediakan sistem untuk pengurusan skim strata selepas pengeluaran hakmilik dan juga menyediakan sistem bagi menangani ‘disputes’ yang dikenali sebagai ‘Lembaga Hakmilik Strata’. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pemilikan bagi kediaman bertingkat dari aspek cirinya, pengurusan dan hak pemilik petak berbanding pemilikan hartanah mengikut Kanun Tanah Negara.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Nor Azalina Yusnita
noraz235@perak.uitm.edu.my
Husin, Mohd Zamri
UNSPECIFIED
Senawi, Asma
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land use > Real estate business. Real property
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Land use > Real estate business. Real property > Residential property. Residential real estate. Condominiums
N Fine Arts > NA Architecture > Housing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 823-831
Keywords: skim strata; Akta Hakmilik Strata 1985; Hakmilik dan Kanun Tanah Negara
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50883
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50883.pdf] Text
50883.pdf

Download (5MB)

ID Number

50883

Indexing

Statistic

Statistic details