Pembentukan model penggunaan emas sebagai kontrak Takaful / Najahudin Lateha, Ezani Yaakob dan Siti Noorbiah Md Rejab

Lateha, Najahudin and Yaakob, Ezani and Md Rejab, Siti Noorbiah (2012) Pembentukan model penggunaan emas sebagai kontrak Takaful / Najahudin Lateha, Ezani Yaakob dan Siti Noorbiah Md Rejab. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Kontrak takaful di seantero dunia termasuk di Malaysia biasanya berasaskan model mudharabah dan wakalah atau gabungan antaranya. Namun, muamalat Islam sejak zaman Rasulullah SAW telah menyenaraikan pelbagai kontrak lain yang direkabentuk oleh ulama’ Islam dalam karya-karya fiqh mereka. Antara kontrak yang boleh diimplimentasikan dalam pasaran kontemporari adalah berkaitan penggunaan emas. Ini sejajar dengan nilai emas yang sentiasa meningkat saban tahun antara 20 hingga 30 peratus sedangkan ringgit mengalami penyusutan nilai akibat inflasi yang meningkat antara tiga hingga lima peratus di negara kita. Ini memberi kesan besar dalam jangka masa panjang terhadap simpanan pencarum dalam organisasi kewangan. Objektif kajian ini akan menonjolkan satu model baru berasaskan penggunaan emas yang boleh diaplikasikan dalam industri takaful. Model yang dicadangkan ini dijangka boleh mengatasi masalah penyusutan nilai sumbangan peserta di samping membantu syarikat takaful berhadapan dengan instrumen pelaburan syariah yang terhad. Kertas ini adalah kajian kualitatif diskriptif dengan data dikumpulkan melalui metod dokumentasi, historis dan observasi terhadap karya, kajian lalu serta sistem operasi takaful sedia ada dan kemudiannya dianalisis secara ‘content analysis’. Kertas ini akan membincangkan kontrak-kontrak berkaitan takaful pada zaman awal Islam, kontrak kontemporari, fiqh emas dan pembentukan model takaful yang dicadangkan. Kajian ini bukan setakat membantu syarikat takaful, malah dijangkakan boleh memberi idea kepada institusi kewangan lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (LTH), Permodalan Nasional Berhad (PNB), ahli akademik dan orang ramai dalam mencari mekanisme penggunaan emas sebagai alternatif kepada simpanan dan pelaburan mereka.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Lateha, Najahudin
najahudin@salam.uitm.edu.my
Yaakob, Ezani
UNSPECIFIED
Md Rejab, Siti Noorbiah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Financial management. Business finance. Corporation finance
H Social Sciences > HG Finance > Insurance
H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 641-654
Keywords: kontrak, akad, muamalat, takaful, emas
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50867
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50867.pdf] Text
50867.pdf

Download (5MB)

ID Number

50867

Indexing

Statistic

Statistic details