Abstract
Kertas ini membincangkan suatu aspek yang sering menjadi polemik antara golongan yang menerima dengan yang menolaknya iaitu aspek kebatinan dalam Seni Silat Melayu. Dalam membincangkan topik ini, penulis mengetengahkan Dasar Menentang Lima Perkara sebagai asas dan dasar perbahasan. Dasar Menentang Lima Perkara ini mengandungi lima usul penting yang menjadi pegangan kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia dalam menolak amalan-amalan kebatinan yang menyeleweng dalam seni silat Melayu. Oleh itu dasar Menentang Lima Perkara ini menjadi tumpuan utama penulisan kertas ini dan ia telah dihurai dan dianalisis satu persatu. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang Dasar Menentang Lima Perkara ini, maka latar belakang dan perkembangan Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia telah disorot secara sepintas lalu. Penulis turut menyentuh di awal perbincangan tentang sejarah dan perkembangan seni Silat Melayu secara ringkas.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Ishak, Mohd Muhaizam muhaizam@kedah.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Human fighting. > Silat. Pencak silat > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago |
Event Dates: | 11-12 December 2012 |
Page Range: | pp. 161-173 |
Keywords: | Seni Silat Melayu; amalan kebatinan; Dasar Menentang Lima perkara; ilmu dan amal; PGSSAJKM |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50843 |