Abstract
Pelancongan Islam merupakan salah satu produk pelancongan baru yang telah wujud dan diperkenalkan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara secara meluas. Penubuhan Islamic Tourism Centre (ITC) pada 2009 telah merancakkan lagi pembangunan pelancongan Islam di Malaysia di mana pelbagai strategi telah dirancang dan dijalankan oleh pelbagai pihak bagi membangun dan menjayakan produk pelancongan ini. Antara strategi berkenaan termasuklah seperti penganjuran acara pelancongan Islam di peringkat nasional dan antarabangsa, pembangunan produk dan warisan pelancongan Islam yang berpotensi untuk dipasarkan, serta penerapan nilai dan budaya murni di kalangan masyarakat Malaysia. Walaubagaimanapun, masih wujud isu di dalam perancangan dan perlaksanaan pelancongan ini. Isu ini seringkali dibangkitkan dan diperkatakan di mana ia sedikit sebanyak telah memberi impak terhadap kelancaran pembangunan dan perlaksanaan pelancongan Islam di Malaysia. Kertas ini menghujah dengan lebih lanjut strategi dan isu yang wujud di dalam pembangunan pelancongan Islam di Malaysia dengan menggunakan kaedah pengumpulan data sekunder