Abstract
Kertas kerja ini bertajuk “Al-Juwayni: Biografi dan Sumbangannya dalam bidang ilmu kalam”. Nama penuh beliau ialah Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin Abdullah bin Haiyuyah. Juwayn adalah nama salah satu tempat di Naysaburi Iran. Beliau juga dikenali sebagai Abu al-Ma’ali Imam al-Haramayn. Dilahirkan pada tahun 419H dan meninggal dunia pada 478H ketika bersia 59 tahun akibat penyakit jaundis. Beliau banyak menyumbang dalam perkembangan ilmu Islam terutamanya dalam ilmu kalam menerusi karyanya kitab al-Shamil dan al-Irshad. Antara murid beliau yang terkenal ialah Imam al-Ghazali pengarang Ihya’ Ulum al-Din, al-Munqidh min al-dalal, al-Iqtisad fi al-I’tiqad dan lain-lain. Pengaruh al-Juwayni yang diwarisi oleh al-Ghazali melalui penulisannya yang disebarkan ke alam Melayu telah banyak mempengaruhi pemikiran ilmuan Islam di Nusantara. Justeru itu secara tidak langsung telah menonjolkan pengaruh pemikiran al-Juwayni dalam ilmu kalam di Nusantara.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Khalid UNSPECIFIED Sudin, Siti Fatimah UNSPECIFIED Shuib, Mohammad UNSPECIFIED Ahmad, Muhammad Syahid UNSPECIFIED Che Ahmat, Amin UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Theology (Kalam) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Theology (Kalam) > Man B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Biography |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago |
Event Dates: | 11-12 December 2012 |
Page Range: | pp. 599-604 |
Keywords: | al-Juwayni; Al-Ghazali; Nusantara |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50807 |