Penyesuaian peribadi eksekutif ekspatriat syarikat pembinaan Malaysia di negara tamu : satu analisis / Halmi Zainol dan Mohmad Mohd Derus

Zainol, Halmi and Mohd Derus, Mohmad (2012) Penyesuaian peribadi eksekutif ekspatriat syarikat pembinaan Malaysia di negara tamu : satu analisis / Halmi Zainol dan Mohmad Mohd Derus. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Kejayaan perlaksanaan projek pembinaan syarikat pembinaan Malaysia membuka peluang kepada syarikat untuk meneroka dan beroperasi di luar negara. Lazimnya, syarikat ini menghantar pekerja rakyat Malaysia ke sana untuk melaksanakan projek. Penyelidikan lampau telah menunjukkan kesukaran penyesuaian oleh ekspatriat bagi menghadapi suasana baru di negara tamu merupakan aspek utama yang mendorong kepada kegagalan dalam melaksanakan tugasan. Kejayaan melaksanakan tugasan di luar negara tidak semata-mata bergantung kepada kepakaran teknikal ekspatriat tetapi juga kemampuan individu untuk menyesuaikan diri di luar negara, berinteraksi dengan masyarakat di negara tamu, kebolehsuaian dan keterbukaan kepada budaya tempatan. Penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengaruh penyesuaian peribadi eksekutif ekspatriat di negara tamu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti faktor pengaruh penyesuaian berkaitan peribadi semasa melaksanakan tugasan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada eksekutif ekspatriat yang bekerja dengan syarikat pembinaan Malaysia di luar negara. Enam puluh empat eksekutif ekspatriat Malaysia dari syarikat pembinaan Malaysia di luar negara terlibat dalam
penyelidikan ini. Penemuan menunjukkan penyesuaian interaksi, umum dan suasana persekitaran menyumbang kepada penyesuaian ekspatriat bagi menghadapi suasana persekitaran yang berbeza. Persediaan syarikat sebelum keberangkatan adalah satu langkah yang baik sebelum mereka berangkat melaksanakan tugasan ke negara tamu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainol, Halmi
halmi461@perak.uitm.edu.my
Mohd Derus, Mohmad
moham266@perak.uitm.edu.my
Subjects: T Technology > TH Building construction > Contractors
T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
T Technology > TH Building construction > Contractors > Malaysia
T Technology > TH Building construction > Architectural engineering. Structural engineering of buildings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 786-796
Keywords: Ekspatriat, Peribadi, Penyesuaian, Pembinaan
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50785
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50785.pdf] Text
50785.pdf

Download (5MB)

ID Number

50785

Indexing

Statistic

Statistic details