Kearifan pemikiran cendikiawan tempatan dalam rekabentuk dalaman masjid tradisonal / Azizul Azli Ahmad, Aizan Hj Ali @ Mat Zin dan Ezrin Arbi

Ahmad, Azizul Azli and Ali @ Mat Zin, Aizan and Arbi, Ezrin (2012) Kearifan pemikiran cendikiawan tempatan dalam rekabentuk dalaman masjid tradisonal / Azizul Azli Ahmad, Aizan Hj Ali @ Mat Zin dan Ezrin Arbi. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Kedatangan Islam di Nusantara telah mewarnai seni dan seni bina yang terdapat di Alam Melayu, khususnya di Semenanjung. Usaha cendekiawan tempatan mentafsirkan kefahaman budaya berdasarkan syariat Islam turut memperkaya seni bina Islam. Seni bina masjid yang wujud di Alam Melayu sejak daripada awalnya mempunyai gaya rupanya yang tersendiri. Kefahaman budaya dan pengertian ur‟f dalam masyarakat Melayu pernah berjaya melahirkan satu pemikiran seni bina yang mempunyai jatidiri setempat. Bukan sahaja gaya seni binanya yang khusus, rekabentuk dalaman masjidnya pun direka berdasarkan kreativiti kearifan cendekiawan tempatan, termasuklah komponen-komponennya seperti mihrab, mimbar, tiang seri, serambi, ruang solat, dinding, lantai, siling dan bukaan yang merupakan unsur penting dalam pembentukan ruang dalaman sesebuah masjid. Kertas ini membincangkan hasil kajian mengenai keistimewaan Masjid Kampung Tuan, Kemaman sebuah masjid tradisional yang dibina pada tahun 1830. Ruang dalamanya tidak mempunyai sebarang tiang sokongan, tidak juga tiang seri, seperti masjid-masjid lain di Nusantara. Penyelesaian rentangan tanpa tiang-tiang perantara merupakan hasil pemikiran rekabentuk yang amat maju kerana
ruang solat tanpa tiang boleh dimanfaatkan semaksimum mungkin dan segi saf dan pandangan ke arah mibrab dan mimbar. Di era moden, pemikiran seumpama mi juga berkembang di Indonesia pada awal tahun 1960-an.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Azizul Azli
azizulazli@gmail.com
Ali @ Mat Zin, Aizan
aizan@um.edu.my
Arbi, Ezrin
ezrin_fab@um.edu.my
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Mosques
N Fine Arts > NA Architecture > Mosques > Malaysia
N Fine Arts > NK Decorative arts > Religious art
N Fine Arts > NK Decorative arts > Religious art > Malaysia
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration > Special elements in interior decoration, A-Z
N Fine Arts > NK Decorative arts > Islamic calligraphy
N Fine Arts > NK Decorative arts > Islamic calligraphy > Malaysia
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 282-291
Keywords: Pemikiran , Seni bina dan Rekabentuk Dalaman
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50772
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50772.pdf] Text
50772.pdf

Download (6MB)

ID Number

50772

Indexing

Statistic

Statistic details