Pembentukan model stokastik box-jenkins industri elektrik bagi sektor domestik / Syariza Abdul Rahman, Abdul Razak Saleh and Kamal Khalid

Abdul Rahman, Syariza and Saleh, Abdul Razak and Khalid, Kamal (2004) Pembentukan model stokastik box-jenkins industri elektrik bagi sektor domestik / Syariza Abdul Rahman, Abdul Razak Saleh and Kamal Khalid. In: STSS 2004: Sains Teknologi Jilid 1, 31 Mei – 1 Jun 2004.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membentuk model stokastik Box-Jenkins untuk permintaan bekalan elektrik di negeri Perlis bagi sektor domestik serta mengukur faktor-faktor yang mempengaruhi permintaannya. Dalam proses pembentukan model stokastik Box-Jenkins, langkah-langkah pengecaman, penganggaran serta pengujian model dilakukan terhadap data siri masa permintaan bekalan elektrik sektor domestik. Jika siri masa tersebut tidak pegun, maka pembezaan siri pertama dan seterusnya dilakukan bagi mendapatkan siri yang pegun. Kajian ini mendapati sektor domestik bagi bekalan elektrik di negeri Perlis adalah signifikan terhadap sifat bermusim dan memenuhi model Box Jenkins ARlMA Bermusim. Hasil dapatan kajian ini memberikan nilai peramalan jangka pendek bagi permintaan bekalan elektrik sektor domestik. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan bekalan elektrik domestik juga diukur. Faktor-faktor yang diukur adalah suhu bulanan persekitaran, jumlah taburan hujan bulanan, musim perayaan, pertambahan bilangan penduduk, pertumbuhan ekonomi negeri dan juga pembangunan yang berlaku di sekitar kawasan kajian. Setelah diteIiti terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan elektrik domestik, didapati sifat kepegunan dan kerawakan telah mempengaruhi faktor-faktor ini dengan konsisten dan signifikan. Kajian ini juga telah mendapati bahawa permintaan bekalan elektrik bagi sektor domestik di negeri PerIis dipengaruhi oleh pertambahan bilangan penduduk dan bilangan perumahan, musim perayaan, suhu persekitaran dan juga bilangan hari hujan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Syariza
syariza@uum.edu.my
Saleh, Abdul Razak
razak@uum.edu.my
Khalid, Kamal
kamal@uum.edu.my
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Environmental effects of industries and plants
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Production of electric energy or power
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electric apparatus and materials. Electric circuits. Electric networks
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Sains Teknologi Jilid 1
Event Title: STSS 2004: Sains Teknologi Jilid 1
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 155-161
Keywords: Model bjx-Jenkins ARIMA, industri elektrik, sektor domestik, Perlis
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50500
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50500.PDF] Text
50500.PDF

Download (2MB)

ID Number

50500

Indexing

Statistic

Statistic details