Merekabentuk kaki sokongan untuk orang lumpuh / Heally Naji and Safizam Said @ Saat

Naji, Heally and Said @ Saat, Safizam (1999) Merekabentuk kaki sokongan untuk orang lumpuh / Heally Naji and Safizam Said @ Saat. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Rekabentuk merumuskan suatu rancangan atau pelan bagi memenuhi kehendak manusia. Kehendak manusia yang mesti dipuaskan mestilah ditakrifkan dengan betul daripada suatu masalah atau perkara ini termasuklah sifat-sifat rekabenluk serta keperiuan masalah tersebut .
Dalam kertas kerja ini . kami ingin membincangkan tentang satu kerumitan yang dihadapi oleh golongan orang-orang yang lumpuh yang tidak mampu memenuhi kehendaknya sendiri untuk melakukan aktiviti hariannva seperti orang yang normal . Mungkin terlintas dalam fikiran kita, sekiranya diri kita sendiri yang diletakkan dalam keadaan begitu bagaimanakah agaknya kedudukan kita . Semestinya keinginan kita untuk melakukan aktiviti berjalan semula untuk mcmbolehkan kita berjalan bersiar-siar di taman atau di sekitar kawasan rumah kita tanpa sebarang bantuan daripada orang lain. Maksudnya disini ialah tanpa orang yang akan membantu untuk menolak kerusi roda kita.
Dengan adanya rekaan Kaki Sokongan vang dihasilkan ini sedikit sebanyak dapat memenuhi kehendak golongan-golongan ini. Rekaan Kaki Sokongan ini bukan sahaja memberi sokongan kepada imbangan badan tetapi boleh berfungsi dengan bantuan gerakan motor yang bersaiz kecil tetapi kuasa besar . Apa yang uniknya dengan kaki Sokongan ini ialah, ia mudah dipasang oleh pengguna pada kakinya apabila diperlukan dan sebaliknya bila tidak diperlukan . Ketahanan untuk menampung berat badan si pengguna juga adalah satu lagi kelebihan pada rekabentuk Kaki Sokongan ini kerana kestabilan badan yang boleh diwujudkan olehnya .
Sungguhpun begitu , bak kata orang , ilmu yang kita tuntut adalah diibaratkan seperti sebentuk cincin yang diletakkan di tengah-tengah padang bola jika dibandingkan dengan Ilmu Tuhan. Ini merujuk kepada beberapa kelemahan yang terdapat pada rekabentuk Kaki Sokongan ini Antaranya ialah
1. Kaki sokongan ini hanya boleh digunakan oleh seseorang yang mengalami lumpuh sebelah kakinya sahaja
2. Kaki Sokongan ini juga hanya boleh digunakan oleh seseorang yang mempunyai berat badan maksimum yang mana dihadkan
kepada berat badan sehingga 100 kg . Ia |uga sukar disesuaikan kepada seseorang yang berbadan gemuk .
Dengan terdapatnya dua contoh kelemahan yang tersebut di atas , nyatalah menunjukkan kelemahan kita sebagai insan biasa. Akan letapi , diharapkan agar sistem ini bolehlah dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan tertentu , begitulah semestinya. Kepada yang berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang sistem ini diharap dapat memperbaiki sistem ini supaya lebih advance manalah tahu mungkin di masa akan datang dengan menggunakan kecanggihan teknologi yang kita ada. Sekian.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Naji, Heally
95855157
Said @ Saat, Safizam
96243486
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UNSPECIFIED
Yusoff, Mohd Najib
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TS Manufactures
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Prototypes, Engineering
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering > Product design. Industrial design
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering > Product design. Industrial design > Malaysia
T Technology > TS Manufactures > Production management. Operations management > Product engineering > Product testing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Faculty of Mechanical Engineering
Programme: Diploma Of Mechanical Engineering
Keywords: Kaki Sokongan, Gerakan Motor, Rekabentuk
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50350
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50350.PDF] Text
50350.PDF

Download (184kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad PTAR | Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang

ID Number

50350

Indexing

|

Statistic

Statistic details