Kajian taburan nutrien fosfat dan silika di Lembangan Sungai Paka, Terengganu / Suhaimi Suratman … [et al.]

Suratman, Suhaimi and Mohd Tahir, Norhayati and Awang, Mohamad and Taib, Mohd Nazrul (2012) Kajian taburan nutrien fosfat dan silika di Lembangan Sungai Paka, Terengganu / Suhaimi Suratman … [et al.]. In: STSS 2004: Sains Teknologi Jilid1, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Taburan nutrien terlarut dan partikulat bagi fosfat dan silika telah ditentukan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Disamping itu, taburan klorofil-a juga turut ditentukan untuk menentukan peranan yang dimainkan oleh nutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan akuatik tersebut. Sebanyak empat kali pensampelan telah dijalankan bermula daripada bulan Julai - November 2003. Parameter parameter kajian ditentukan berdasarkan kaedah kolorimetrik. Hasil kajian mendapati kepekatan nutrien fosfat seperti ortofosfat terlarut, jumlah fosfat terlarut dan jumlah partikulat fosfat masing masing dalam julat 2.19-79.25 ppb P, 6.06-108.00 ppb P dan 2.25-53.38 ppb P. Untuk nutrien silika pula, kepekatan silika terlarut,jumlah silika terlarut dan jumlah partikulat terlarut masing-masing ialah 11.48-39.23 ppb Si, 20.63-61.26 ppb Si dan 0.93-37.23 ppb Si. Perbandingan dengan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) untuk Malaysia menunjukkan ortofosfat dan silika terlarut berada dalam Kelas 1. Taburan klorofil-a pula hanya bargantung kepada taburan nutrien fosfat sahaja. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kepekatan bagi nutrien fosfat dipengaruhi oleh input antropogenik sementara nutrien silika sebahagian besarnya daripada proses semulajadi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suratman, Suhaimi
UNSPECIFIED
Mohd Tahir, Norhayati
UNSPECIFIED
Awang, Mohamad
UNSPECIFIED
Taib, Mohd Nazrul
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Sains Teknologi Jilid1
Event Title: STSS 2004: Sains Teknologi Jilid1
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 1-4
Keywords: Fosfat, silika, terlarut, partikulat, pencemaran, Sungai Paka
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50297
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50297.PDF] Text
50297.PDF

Download (1MB)

ID Number

50297

Indexing

Statistic

Statistic details