Abstract
Taburan nutrien terlarut dan partikulat bagi fosfat dan silika telah ditentukan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Disamping itu, taburan klorofil-a juga turut ditentukan untuk menentukan peranan yang dimainkan oleh nutrien terhadap pertumbuhan tumbuhan akuatik tersebut. Sebanyak empat kali pensampelan telah dijalankan bermula daripada bulan Julai - November 2003. Parameter parameter kajian ditentukan berdasarkan kaedah kolorimetrik. Hasil kajian mendapati kepekatan nutrien fosfat seperti ortofosfat terlarut, jumlah fosfat terlarut dan jumlah partikulat fosfat masing masing dalam julat 2.19-79.25 ppb P, 6.06-108.00 ppb P dan 2.25-53.38 ppb P. Untuk nutrien silika pula, kepekatan silika terlarut,jumlah silika terlarut dan jumlah partikulat terlarut masing-masing ialah 11.48-39.23 ppb Si, 20.63-61.26 ppb Si dan 0.93-37.23 ppb Si. Perbandingan dengan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) untuk Malaysia menunjukkan ortofosfat dan silika terlarut berada dalam Kelas 1. Taburan klorofil-a pula hanya bargantung kepada taburan nutrien fosfat sahaja. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kepekatan bagi nutrien fosfat dipengaruhi oleh input antropogenik sementara nutrien silika sebahagian besarnya daripada proses semulajadi.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suratman, Suhaimi UNSPECIFIED Mohd Tahir, Norhayati UNSPECIFIED Awang, Mohamad UNSPECIFIED Taib, Mohd Nazrul UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | Sains Teknologi Jilid1 |
| Event Title: | STSS 2004: Sains Teknologi Jilid1 |
| Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Keywords: | Fosfat, silika, terlarut, partikulat, pencemaran, Sungai Paka |
| Date: | 2012 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50297 |
