Transformasi pensyarah ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan melalui cadangan penubuhan pusat penyelidikan Sultan Haji Ahmad Shah / Muzamil Mustaffa … [et al.]

Mustaffa, Muzamil and Hashim, Sarina and Ab Rahman, Hilmi and Hashim, Azhan and Kasim, Jamaludin and Wan Omar, Wan Siti Atikah (2012) Transformasi pensyarah ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan melalui cadangan penubuhan pusat penyelidikan Sultan Haji Ahmad Shah / Muzamil Mustaffa … [et al.]. In: Prosiding KONAKA 2012, 5 - 6 November 2012, Gambang Resort, Kuantan, Pahang.
Abstract

Kertas kerja ini membincangkan transformasi pensyarah ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan melalui cadangan penubuhan Pusat Penyelidikan Sultan Haji Ahmad Shah (PPSHAS) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang (UiTMCP), Kampus Jengka. Cadangan ini diketengahkan memandangkan UiTMCP mempunyai sumber dan kekuatan berkait dengan alam semulajadi dan teknologi hijau selari dengan temanya iaitu Kampus Khazanah Alam. Bidang yang berpotensi untuk menyokong PPSHAS ini ialah seperti biodiversiti dan ekologi, produk semulajadi, produk perhutanan dan sains bahan, sains sekitaran, biogas dan bioproses dan asas tani dan agroteknologi. Analisis kekuatan-kelemahan-peluang-ancaman dikemukakan sebagai sokongan kepada cadangan ini. Struktur organisasi, implikasi perjawatan, fisika, kewangan cabaran dan masa depan turut dibincangkan bagi menilai keupayaan PPSHAS memikul tanggungjawab sebagai pusat kecemerlangan universiti. Selaras dengan wujudnya pusat ini, ia boleh menjalinkan kerjasama dengan pusat-pusat kecemerlangan yang lain seperti Pusat Biodiversiti dan Pembangunan Mapan, Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Institut Sains, Centre for Advanced Materials Research (CAMAR), Institut Kajian Ubat Semulajadi (IKUS) di UiTM Malaysia. Diharapkan agar pusat kecemerlangan ini boleh meletakkan tahap penyelidikan pada kedudukan yang lebih tinggi dan seterusnya melangsungkan proses transformasi penyelidikan dan pembelajaran bagi semua pensyarah di UiTMCP.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50097.PDF]
Text
50097.PDF
Download (3MB)
Indexing & Metrics