Abstract
Penilaian prestasi merupakan satu fungsi penting dalam pengurusan sumber manusia. Ia menjadi salah satu kayu pengukur untuk menentukan jumlah gaji yang boleh diberi, kenaikan pangkat, penyediaan latihan, juga kepada perkara-perkara berkaitan disiplin kakitangan. Kakitangan yang hendak diberhentikan, digantung, atau dipindahkan tempat bertugas selalunya mestilah berdasarkan penilaian prestasi. Masalah ketidakpuasan hati di kalangan kakitangan tentunya sedikit sebanyak melibatkan aspek penilaian prestasi yang diamalkan di sesebuah organisasi. Oleh itu kajian ini dibuat untuk mengukur pandangan kakitangan terhadap amalan penilaian prestasi sedia ada di organisasi ini. Bagi tujuan ini dua kumpulan kakitangan (akademik dan bukan akademik) telah dikenalpasti sebagai populasi yang terdiri dari seramai 414 orang. Dapatan menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa Sistem Penilaian Prestasi sememangnya diperlukan dalam mana-mana organisasi (min 4.41). Namun, responden tidak bersetuju dengan penyataan bahawa mereka berpuashati dengan Sistem Penilaian Prestasi yang sedia ada (min 3.34). Terdapat juga dapatan lain yang menunjukkan bahawa Sistem Penilaian Prestasi sedia ada tidak dapat memenuhi matlamatnya seperti dinyatakan di awal tadi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Said, Abd Razak UNSPECIFIED Salim, Azmi UNSPECIFIED Wan Ismail, Wan Hanisah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > College and university teachers L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA 2012 |
Event Dates: | 5 - 6 November 2012 |
Page Range: | pp. 93-102 |
Keywords: | Penilaian prestasi, UiTM Cawangan Pahang, Kakitangan akademik, Kakitangan bukan akademik |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50064 |