Abstract
Pelajar kejuruteraan perlu berpengetahuan asas teori disamping mahir di dalam kerja makmal bagi memenuhi tuntutan kerjaya jurutera. Oleh itu, kedua-dua aspek adalah berkaitan dan perlu diberi perhatian. Penerimaan pembelajaran makmal oleh seseorang pelajar adalah dipengaruhi oleh bukan sahaja sikap pelajar tetapi juga pengalaman pembelajaran yang diterima oleh pelajar tersebut. Jika terdapat perbezaan pada mana-mana faktor yang mempengaruhi, maka secara rasionalnya berkemungkinan besar pelajar akan turut menerima pengetahuan dan kemahiran yang berbeza. Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk membincangkan mengenai satu langkah cadangan bagi menangani ketidakseimbangan penerimaan pembelajaran makmal akibat sekiranya terdapat faktor mempengaruhi yang berbeza. Sistem Pengajaran Makmal dibangunkan bagi memperkecilkan jurang ketidakseimbangan penerimaan pembelajaran makmal sebagai sasaran utama serta menyelesaikan masalah-masalah yang membataskan proses pengajaran dan pembelajaran makmal dan mengurangkan penggunaan kertas sebagai sasaran sampingan. Sistem ini adalah alat bantu mengajar yang diharapkan dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan atau setidak-tidaknya dapat dijadikan panduan dan rujuan bagi menghasilkan alat bantu mengajar yang lebih baik pada masa hadapan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bachok, Mohd Fairuz mohdfairuz@pahang.uitm.edu.my Muda, Mohd Fakri fakrimuda@pahang.uitm.edu.my Jaafar, Mohd Risham risham@pahang.uitm.edu.my Zainudin, Mohd Razmi razmi74@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA 2012 |
Event Dates: | 5 - 6 November 2012 |
Page Range: | pp. 28-38 |
Keywords: | Sistem, Pengajaran, Makmal |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50018 |