Analisis kesilapan tatabahasa Arab dalam ruangan Ta 'Allum Al-Lughatt Al-Arabiyyat / Fauzi Azmi, Saiful Johari Musahar and Muhamad Zaidi Zakaria

Azmi, Fauzi and Musahar, Saiful Johari and Zakaria, Muhamad Zaidi (2012) Analisis kesilapan tatabahasa Arab dalam ruangan Ta 'Allum Al-Lughatt Al-Arabiyyat / Fauzi Azmi, Saiful Johari Musahar and Muhamad Zaidi Zakaria. In: Prosiding KONAKA 2012, 5 - 6 November 2012, Gambang Resort, Kuantan, Pahang.
Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan bagi menganalisis kesilapan tatabahasa Arab dalam ruangan "Ta 'allum al-lughatt al-arabiyyatt" (Belajar Bahasa Arab) dalam sisipan DIDIK. akhbar Berita Harian, keluaran hari lsnin. Ruangan ini merupakan suatu usaha pengukuhan lerhadap penguasaan bahasa Arab khususnya untuk pelajar tahun 6 berasaskan program j-QAF Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KRSR). Dalam kajian ini, Teori Analisis Kesilapan diaplikasikan dalam mengenal pasti kesilapan yang terdapat dalam kandungan teks tersebut. Analisis ini memfokuskan ruangan Ta 'allum al-Iughat al-arabiyyat (Belajar Bahasa Arab) bagi keluaran tahun 2011 dan 2012, yang berjumlah 14 keluaran. Menerusi ruangan ini analisis kesilapan tatabahasa Arab dihasilkan bagi memurnikan isi kandungannya,dan satu penilaian semula perlu diketengahkan agar khalayak khusus nya para pelajar mendapat maklumat yang betul dan tepal mengikut rumus tatabahasa bahasa Arab.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50009.PDF]
Text
50009.PDF
Download (1MB)
Indexing & Metrics