Pembangunan industri akuakultur mapan di Tanah Bencah Setiu / Nazatul Azrin Nazri … [et al.]

Nazri, Nazatul Azrin and Wail, Nik Azma and Alwi, Azmera and Ghazali, Normi Azura (2012) Pembangunan industri akuakultur mapan di Tanah Bencah Setiu / Nazatul Azrin Nazri … [et al.]. In: PROSIDING KONAKA 2012, 5 - 6 November 2012, Gambang Resort, Kuantan, Pahang.

Abstract

Dataran Tanah Bencah Setiu (DTBS) merupakan tempat yang unik di Negeri Terengganu yang mempunyai kepelbagaian biologi atau biodiversiti. Kawasan tanah bencah ini amat berpotensi dalam pembangunan industry akuakultur yang mana dilihat sebagai satu industri utama yang mampu meningkatkan pengeluaran bekalan ikan bagi menampung keperluan negara. Usaha ke arah mewujudkan akuakultur yang mapan di Tanah Bencah Setiu merupakan perkara yang penting demi mencapai satu bentuk pengurusan pesisir pantai yang bersepadu yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Pengurusan Bersepadu Zon Pantai. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti status dan potensi industri akuakultur dalam membangunkan komuniti lestari serta melihat tahap kemapanan industri akuakultur yang dijalankan dan mengenalpasti sejauh mana peranan agensi-agensi kerajaan dalam membangunkan DTBS. Penekanan utama dalam kajian ini adalah tertumpu kepada ciri-ciri kelestarian akuakultur yang merangkumi empat aspek penting iaitu ekonomi, alam sekitar, sosial atau komuniti dan aspek perundangan. Dalam pada itu, kajian ini turut melihat kepada isu dan permasalahan yang berlaku dalam membangunkan industri akuakultur di DTBS. Kaedah pemerhatian, temubual secara bersemuka serta kaedah soal selidik atau ke atas 55 orang responden mewakili keseluruhan penduduk di Kg. Gong Batu, Mukim Pantai telah digunakan bagi melihat persepsi responden terhadap pembangunan industri akuakultur mapan di Dalaran Tanah Bencah Setiu. Secara umumnya, hasil kajian dan analisis data mendapati bahawa industri akuakultur yang diusahakan adalah masih lagi tidak mencapai kemapanan. Justeru, beberapa cadangan telah dikemukakan agar industri akuakultur mapan dapat dicapai di DTBS demi memenuhi satu bentuk Pengurusan Bersepadu Zon Pesisir Pantai

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nazri, Nazatul Azrin
nazatulazrin@pahang.uitm.edu.my
Wail, Nik Azma
nikazma@pahang.uitm.edu.my
Alwi, Azmera
azmeraalwi@terengganu.ktb.edu.my
Ghazali, Normi Azura
normiazura@penang.uitm.edu.my
Subjects: Q Science > QH Natural history - Biology > Natural History Including nature conservation, geographical distribution
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > Aquaculture
S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling > Fisheries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: PROSIDING KONAKA 2012
Event Dates: 5 - 6 November 2012
Page Range: pp. 1-14
Keywords: Industri, Akuakultur, Dataran Tanah Bencah Setiu, DTBS
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50005
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50005.PDF] Text
50005.PDF

Download (7MB)

ID Number

50005

Indexing

|

Statistic

Statistic details