Abstract
Kertas kerja ini memfokus kepada isu penambahbaikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub berdasarkan perspektif pengurusan strategik sebagai instrumen analisis. Isu ini amat relevan dengan saranan kerajaan agar setiap perbelanjaan mengurus agensi kerajaan mengambilkira faktor kos efektif. Kertas kerja ini menggunakan instrumen khas seperti IFE Matrix, EFE Matrix, TOWS Matrix, SPACE Matrix dan IE Matrix dan juga Grand Strategy Matrix untuk
mendapatkan keputusan yang sesuai dengan matlamat kertas kerja ini iaitu untuk mengenalpasti strategi penambahbaikan UiTM Kampus Raub. Kertas kerja ini juga menggariskan empat strategi utama yang perlu diambil tindakan segera bagi mempastikan proses kelangsungan ilmu diteruskan di UiTM Kampus Raub. Hasil analisis mendapati bahawa UiTM Kampus Raub perlu terus dikekalkan dengan menggunakan pendekatan konservatifdan strategi bertahan adalah amat
sesuai untuk dijadikan asas kepada kejayaan penambahbaikan kampus tersebut.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Mohd Nazri mnazri@pahang.uitm.edu.my Harun, Nik Ismail nikismail@pahang.uitm.edu.my Md Hanafiah, Jalilludin jaliludin@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | PROSIDING KONAKA ‘07 |
Event Dates: | 4 – 5 DISEMBER 2007 |
Page Range: | pp. 135-155 |
Keywords: | Analisis matriks, Penambahbaikan, Pengurusan strategik |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/49999 |