Abstract
Kertas kerja ini membincangkan etika dan perancangan strategik penulisan dan penerbitan akademik agar kuantiti dan kualiti penulisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang berkembang dengan sihat. Etika penulisan akademik adalah sangat penting kerana ia boleh membina kredibiliti, integriti dan akauntabiliti di kalangan penulis atau penulis bersama, meningkatkan reputasi dan rasa hormat atas kesarjanaan, menangkis tohmahan dan membendung plagiarisme. Etika yang dibincangkan ialah prinsip-prinsip kepengarangan, pengarang utama dan bersama, penulis bersama atau penghargaan, penguasaan, menang-menang atau menang-kalah, menerbitkan data yang sama berkali-kali, persampelan yang tidak mencerminkan perwakilan yang tepat dan kegagalan membaca dan memperoleh persetujuan daripada penulis bersama dan penguasaan. Manakala bagi perancangan strategik pula, penekanan diberikan kepada sasaran penulisan mengikut kategori dan pengukuhan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), penulisan berwasit, penulisan diindeks oleh pangkalan data, faktor impak dan insentif
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustaffa, Muzamil mmuzamil@pahang.uitm.edu.my Hashim, Sarina sarinah@pahang.uitm.edu.my Megat Hanafiah, Megat Ahmad Kamal megat@pahang.uitm.edu.my Ariffin, Kamisah kamisah@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Educational accountability |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | PROSIDING KONAKA ‘07 |
Event Dates: | 4 – 5 DISEMBER 2007 |
Page Range: | pp. 109-134 |
Keywords: | Etika, Penerbitan akademik, Penulisan, Perancangan Strategik |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/49998 |