Peningkatan motivasi pelajar dalam pemahaman dan penggunaan penanda wacana Bahasa Inggeris dengan menggunakan permainan papan Link-IT / Melati Desa … [et. al]

Desa, Melati and Mohd Amin, Noraziah and Mah, Boon Yih Mah and Raja Berahi, Raja Rosila and Affendy Lee, Noor Azli and Ab. Latif, Nur Afiqah and Zulkifli, Che Nooryohana (2021) Peningkatan motivasi pelajar dalam pemahaman dan penggunaan penanda wacana Bahasa Inggeris dengan menggunakan permainan papan Link-IT / Melati Desa … [et. al]. Borneo Akademika, 5 (1): 5. pp. 41-51. ISSN 2462-1641

Abstract

Penanda wacana merupakan elemen yang penting dalam bahasa Inggeris sama ada dalam bentuk penulisan mahu pun perbualan. Kegagalan menguasai penggunaan penanda wacana boleh mengakibatkan mesej yang disampaikan menjadi kurang jelas dan mungkin akan menimbulkan salah faham. Sebahagian besar para pengajar bahasa Inggeris memilih untuk menyampaikan ilmu tentang penanda wacana secara konvensional iaitu melalui syarahan, ceramah atau kuliah. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji peningkatan motivasi para pelajar dalam penguasaan penanda wacana bahasa Inggeris melalui sebuah permainan papan yang telah dibangunkan dan dinamakan LINK-IT. Bagi mengukur tahap motivasi pelajar berkaitan pengetahuan penggunaan penanda wacana bahasa Inggeris, satu kaji selidik telah dijalankan ke atas persepsi mereka selepas bermain permainan papan LINK-IT. Responden kajian ini melibatkan 40 orang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta di utara semenanjung Malaysia. Soalan kaji selidik telah diedarkan kepada responden melalui Google Form dan dapatan data dianalisis dengan menggunakan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih bermotivasi untuk memahami dan mengingati tatacara penggunaan penanda wacana bahasa Inggeris melalui akitiviti permainan papan LINK-IT. Berdasarkan maklum balas yang dikutip, kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan dalam membantu pelajar menguasai pemahaman tentang penggunaan penanda wacana bahasa Inggeris dan meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengaplikasikan pemahaman tersebut.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Desa, Melati
melati.desa@uitm.edu.my
Mohd Amin, Noraziah
UNSPECIFIED
Mah, Boon Yih Mah
UNSPECIFIED
Raja Berahi, Raja Rosila
UNSPECIFIED
Affendy Lee, Noor Azli
UNSPECIFIED
Ab. Latif, Nur Afiqah
UNSPECIFIED
Zulkifli, Che Nooryohana
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Study skills
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies > Motivation in education. Interest. Attention
L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Journal or Publication Title: Borneo Akademika
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Borneo Akademika (BA)
ISSN: 2462-1641
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 41-51
Keywords: Penanda wacana; Motivasi; Persepsi; Permainan papan; LINK-IT
Date: June 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/49883
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 49883.pdf] Text
49883.pdf

Download (218kB)

ID Number

49883

Indexing

Statistic

Statistic details