Audit sistem keselamatan kebakaran di bangunan panggung wayang: kajian kes Cathay Cineplex Bukit Jambul dan Cathay Cineplex Prangin Mall, Pulau Pinang / Mohd Dzulkarnaen Sudirman, Mohd Azian Zaidi, dan Ahmad Zaril Muhd Jamal

Sudirman, Mohd Dzulkarnaen and Zaidi, Mohd Azian and Muhd Jamal., Ahmad Zaril (2009) Audit sistem keselamatan kebakaran di bangunan panggung wayang: kajian kes Cathay Cineplex Bukit Jambul dan Cathay Cineplex Prangin Mall, Pulau Pinang / Mohd Dzulkarnaen Sudirman, Mohd Azian Zaidi, dan Ahmad Zaril Muhd Jamal. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sentiasa terdedah kepada risiko kebakaran. Hal ini berlaku kerana kita memerlukan api sebagai salah satu sumber tenaga utama. Punca api adalah pelbagai dan ianya boleh merebak sehingga boleh membawa kesan yang buruk. Justeru, adalah sesuatu yang amat penting bagi kita untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan pendedahan yang berterusan risiko terhadap kebakaran. Maka, salah satunya bidang keselamatan kebakaran yang paling penting adalah melalui audit terhadap keselematan kebakaran. Kajian ini akan membincangkan aplikasi elemen-elemen yang berkaitan dengan audit terhadap keselematan kebakaran di bangunan panggung wayang dan seterusnya membuat penilaian terhadap tahap keberkesanannya. Pada awalnya, pemerhatian dan kajian secara teorikal dilakukan elemen-elemen yang berkaitan dengan audit terhadap keselematan kebakaran bagi sesebuah bangunan. Seterusnya, kajian yang lebih mendalam dijalankan dengan memilih dua buah premis panggung wayang sebagai kajian kes iaitu Cathay Cineplex Bukit Jambul dan Cathay Cineplex Prangin Mall. Beberapa soal selidik juga akan digunakan untuk mengetahui tahap kesedaran pihak pengurusan dan stafhya mengenai keselamatan dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran. Selain itu, kajian di lokasi bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengunjung mengenai tahap keselesaan dan keyakinan mengenai keselamatan diri mereka apabila berada di premis berkenaan. Kajian dilakukan melalui penggarapan maklumat secara pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik. Jawapan maklum balas yang diterima kemudiannya dianalisis dan dibincangkan di dalam laporan ini. Beberapa siri lawatan juga dilakukan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai keadaan sebenar di lokasi kajian. Hasil laporan ini turut dibincangkan dan dikaitkan dengan penemuan daripada analisa data tadi. Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati bahawa Cathay Cineplex Prangin Mall menunjukkan tahap keselamatan yang lebih memuaskan berbanding Cathay Cineplex Bukit Jambul dalam konteks keselamatan kebakaran. Saranan dan gesaan diberikan pada bahagian akhir laporan ini. Saranan dan gesaan yang diberikan menyentuh kepada mempertingkatkan tahap kesedaran pihak pengurusan terhadap betapa pentingnya aspek keselamatan kebakaran dititikberatkan seperti penekanan terhadap pengurusan dan latihan kepada staf supaya bukan sahaja dapat menyelamatkan diri sendiri tetapi apa yang paling utama ialah supaya dapat menjamin keselamatan para pengunjung dengan memberi bantuan kepada mereka untuk menyelamatkan diri semasa berlakunya kebakaran.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sudirman, Mohd Dzulkarnaen
UNSPECIFIED
Zaidi, Mohd Azian
UNSPECIFIED
Muhd Jamal., Ahmad Zaril
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
T Technology > TH Building construction > Building inspection
T Technology > TH Building construction > Building failures, errors, defects, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Audit, Sistem keselamatan kebakaran, Bangunan panggung wayang
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/49539
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 49539.pdf] Text
49539.pdf

Download (168kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

49539

Indexing

Statistic

Statistic details