Abstract
Pada masa kini, penggunaan sistem mekanikal sangat diperlukan untuk memudahkan kerja manusia. Salah satu sistem mekanikal yang ada adalah Mesin Kawaian Berangka Komputer (CNC). CNC memudahkan kerja manusia dalam menghasilkan pemotongan benda kerja yang rumit, lanya memerlukan pengaturcaraan yang perlu dimasukkan ke dalam perisian dan mesin agar dapat memotong benda kerja mengikut kehendak pengguna. Salah satu pemotongan benda kerja yang ada sekarang ialah pemotongan polisterina. Permasalahan yang ada pada mesin pemotongan polisterina yang sedia ada adalah menggunakan pemotongan secara manual yang memerlukan pengguna untuk menggerakkan politerina secara manual mengikut garisan yang telah dilukis. Hal ini mengundang beberapa masalah seperti bahaya, pemotongan tidak sekata dan kerja memotong menjadi lambat. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, satu rekabentuk pemotongan dawai panas (CNC hotwire cutting 4-axis machine) telah dicadangkan. Kelebihan “CNC hot wire 4-axis cutting machine" adalah projek yang dihasilkan untuk memudahkan kerja-kerja pemotongan bahan polisterina untuk menghasilkan kraftangan dan juga bagi kerja lain yang berkaitan. Pemotongan menggunakan dawai panas akan diprogramkan menggunakan komputer. Dengan ini pemotongan yang dihasilkan lebih tepat, tidak bahaya dan menjimatkan masa. Selain itu, mesin ini mempunyai 4 paksi yang boleh digerakkan secara berasingan. Kelebihan menggunakan 4 paksi ini ialah mesin ini boleh memotong benda kerja dalam posisi serong dan rumit. Mesin ini juga dilengkapi dengan penegang dawai automatik untuk memastikan dawai pemotong dalam keadaan tegang. Dengan penghasilan mesin ini, segafa permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dan kerja dapat dilakukan dengan lebih mudah dengan bantuan mesin ini.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim @ Yem, Ishak UNSPECIFIED Jofri, Muhamad Faiz UNSPECIFIED Md Yusop, Md Saifuddin UNSPECIFIED Md Nor, Norizan UNSPECIFIED Mohd Andai, Norwadiah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mahat, Sabariah UNSPECIFIED Advisor Othman, Rani Diana UNSPECIFIED Advisor Harun, Norazman UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Keywords: | Sistem mekanikal; Mesin Kawaian Berangka; Komputer |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48996 |