Profil tumbuhan tinggi di hutan Universiti Teknologi Mara Kampus Kota Kinabalu / Abdul Manap Mahmud, Ansir Salim dan Ajimi Haji Jawan

Mahmud, Abdul Manap and Salim, Ansir and Jawan (Haji), Ajimi (2006) Profil tumbuhan tinggi di hutan Universiti Teknologi Mara Kampus Kota Kinabalu / Abdul Manap Mahmud, Ansir Salim dan Ajimi Haji Jawan. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Rimba UiTM Cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu ini yang berada pada longitud dan latitud N6°04'15" - 6°03'45" dan E1l6°08'2r - E116007'51" , terletak dalam jaluran permatang pinggir laut Bandaraya Kota Kinabalu yang menganjur dari Bukit Bendera, Rimba UMS hingga ke hutan bukit Karambunai. Struktur permatang ini menjadi pemisah antara laut Cina Selatan dengan tanah pamah negeri Sabah. Secara tidak langsung permatang pinggir laut Bandaraya Kota Kinabalu ini bertindak sebagai penghadang angin dan hujan lebat dari laut Cina Selatan sebelum sampai ke tanah pamah pesisir. la juga menghalang angin kering yang bercampur dengan air masin dari laut untuk terus sampai ke Bandaraya Kota Kinabalu khususnya di kawasan - kawasan Menggatal, Inanam, Telipok, Luyang dan Penampang. Kajian profit tumbuhan di rimba UiTM Cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu ini telah dilakukan dari April 2004 - April 2005. Keluarga tumbuhan yang terdapat di persekitaran hutan UiTM Cawangan Sabah diwakili oleh 49 famili, 120 genera dan 152 spesies tumbuhan. laitu mewakili 25% tumbuhan angiosperma Semenanjung Malaysia berdasarkan laporan Latiff (1982) dan 31% tumbuhan di Sabah berdasarkan laporan Kiew (1984). Kajian ini telah mengumpul 984 sampel tumbuhan tinggi yang terdapat di kawasan hutan UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Kajian ini juga berjaya menentukan pengkelasan tumbuhan tinggi yang terdapat di kawasan hutan UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu sehingga peringkat spesies. Kajian ini berjaya menyediakan ruang pembelajaran dan peng'ajaran untuk para - pelajar Prasains dan Dipjoma Sains UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk menyediakan senarai semak tumbuhan tinggi yang mempunyai kepentingan ekonomi, dan etnobotani kepada penduduk setempat. Kajian ini merupakan perintis kepada penyediaan pengkalan data tumbuhan tinggi UiTM Cawangan Sabah, negeri Sabah dan Borneo.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahmud, Abdul Manap
UNSPECIFIED
Salim, Ansir
UNSPECIFIED
Jawan (Haji), Ajimi
UNSPECIFIED
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Wild plants. Wild flowers. Native plants
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: Profil, Tumbuhan, Hutan, Universiti Teknologi Mara Kampus Kota Kinabalu
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48890
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 48890.pdf] Text
48890.pdf

Download (141kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

48890

Indexing

Statistic

Statistic details