Abstract
Malaysia juga telah melalui urusan pertikaian sempadan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebanyak dua kali, iaitu pertikaian Pulau Sipadan- Pulau Ligitan antara Malaysia-Indonesia dan Pulau Batu Putih antara Malaysia-Singapura. Kini Malaysia sedang berhadapan dengan pertikaian sempadan lagi, iaitu dengan Pulau Layang-Layang dan Spratly, tuntutan Filipina terhadap Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Limbang oleh Sultan Brunei. Pengalaman pembicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa menunjukkan bahawa dokumen menjadi bahan bukti dan ini menunjukkan bahawa penyelidikan kualitatif dan pendekatan sejarah adalah penting dalam urusan menegakkan kedaulatan dan maruah negara. Pertikaian sempadan Malaysia-Brunei ke atas Limbang, adalah susuk baru dalam sejarah pertikaian sempadan yang akan memberi kesan terhadap hubungan diplomatik. Limbang satu kawasan darat yang subur dan kawasan maritimnya kaya dengan sumber asli, khususnya minyak, asalnyar adalah sebahagian daripada jajahan Brunei. Penyelidikan Tuntutan Brunei Ke Atas Limbang: Isu Persempadanan dan Kedaulatan Malaysia besar signifikannya kepada persoalan kedaulatan, khususnya dalam penyelesaian isu pertikaian sempadan yang dihadapi oleh Malaysia.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Kib, Mat Zin UNSPECIFIED Nik Mahmud, Nik Anuar UNSPECIFIED Junaidi, Noni Harianti UNSPECIFIED Mohamad, Rahmat UNSPECIFIED |
Subjects: | J Political Science > JA Political science (General) > Political science J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Keywords: | Brunei, isu persempadanan, kedaulatan Malaysia |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48518 |
Download
48518.pdf
Download (143kB)