Kajian pembangunan bandar dan kesannya terhadap tanah pertanian di pantai barat daya, Sabah (kes kajian :Daerah Papar, Sabah) / Peter Valentine Amandus Junior

Amandus Junior, Peter Valentine (2002) Kajian pembangunan bandar dan kesannya terhadap tanah pertanian di pantai barat daya, Sabah (kes kajian :Daerah Papar, Sabah) / Peter Valentine Amandus Junior. [Student Project] (Unpublished)

Download

[thumbnail of 48454.pdf] Text
48454.pdf

Download (214kB)

Abstract

Pembangunan Bandar Berselerak adalah merupakan sebuah bentuk pembangunan pengambilan tanah secara tidak terancang yang menyebabkan kepada asil sumber tanah berkurangan dari seg itentiti luas kawasan. Tujuan kajian ini adalah mengkaji pembangunan bandar berselerak (urban sprawl) dan kesannya terhadap kawasan tanah Pertanian di Daerah Papar dalam konteks Pengurusan Tanah (Land Management) dalam bab pertama kajian. Teoritikal kajian dilihat lebih menyentuh kepada pembandaran, pertumbuhan bandar, pembangunan bandar berselerak dan pengurusan tanah yang dalam aspek penggunaan tanah dan tekanan-tekanan pembangunan bandar di luar kawasan bandar. Ini juga termasuk hal-hal pentadbiran dan kawalan pembangunan tanah dalam struktur Pengurusan Tanah. Kawasan kajian iaitu Daerah Papar pula adalah sebuah "rural district" yang menjadikan hasil pertanian khususnya hasil pengeluaran beras sebagai sumber utama pendapatan daerah yang menunjukan hampir 35% daripada jumlah penduduk terlibat dalam sektor ini. Majlis Daerah Papar adalah Pihak Berkuasa Tempatan manakala Pejabat Daerah yang merupakan cawangan kerajaan negeri di penngkat tempatan adalah dua pihak berkuasa yang menjaiankan hal-hal pentadbiran tanah di Daerah Papar. Pada penngkat penemuan hasil analisis yang telah dijalankan, Rancangan-rancangan fizikal yang telah diimplementasikan masih berada diperingkat draf yang menjadi sebab kepada perubahan mantan berlaku tanpa kawalan undang-undang dan polisi. Ini juga termasuk informasi data yang "out-dated" dan liputan kawasan rancangan yang tertumpu kepada kawasan pembangunan pantai (coastal). Dalam sistem pentadbiran perancangan didapati Majlis Daerah Papar tidak mempunyai peranan dalam membuat keputusan (decision-making) dalam formulasi dasar, perancangan dan pembangunan peringkat daerah atau tempatan manakala kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh dalam hal sedemikian. Struktur organisasi Majlis Daerah Papar juga mempunyai masalah kekurangan kakitangan professional dan ketiadaan unit berasaskan Perancangan Bandar. Penguatkuasaan yang diadakan oleh Majlis hanya merangkumi kawasan-kawasan cukai pintu dan hanya memberi perkhidmatan dan penyediaan asas infrastruktur pada kawasan tanah padi. Di sebaliknya Jabatan Tanah dan Ukur (dibawah Kerajaan Negeri) memegang kuasa penguatkuasaan dan kawalan pembangunan tanah di kawasan tanah padi terutamanya di kawasan yang dizonkan sebagai kawasan pemeliharaan. Kelemahan dari segi kawalan berlaku kerana ketiadaan kuasa pada peringkat tempatan khususnya kepada Jabatan Pertanian ataupun Majlis Daerah. Kelemahan kawalan pembangunan juga dapat dilihat dari segi perubahan mantan yang dijalankan oleh pemilik-pemilik tanah yang kebanyakannya tidak mengikuti prosedur yang ditetapkan dalam perubahan mantan. Oleh yang demikian, cadangan penstrukturan semula organisasi Pihak Berkuasa Tempatan diadakan dengan menambah bilangan kakitangan professional dan penubuhan sebuah unit perancangan bandar dalam memberikan hasil iogistik berkaitan dengan tanah khususnya dalam bidang perancangan bandar. Cadangan mengaplikasikan Kadastral Moden diadakan dalam sistem maklumat tanah bagi mengukuhkan sistem pengendalian maklumat yang mudah digunakan, lengkap, cepat dan kepelbagaian maklumat (sekatan tanah dan hak) yang seterusnya menjanakan informasi yang lama (out-dated) kepada sebuah kajian yang selaras dengan keadaa semasa tanah (kajian semula rancangan-rancangan fizikal).

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email
Amandus Junior, Peter Valentine
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Abdullah (Hj), Faizul
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying
T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Soil stabilization. Including soil compaction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Programme: Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (Kepujian)
Item ID: 48454
Uncontrolled Keywords: Pembangunan, Bandar, Berselerak, Pengurusan, Tanah
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48454

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
  • ID Number

    48454

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item