Abstract
Model projek ini tercipta hasil dari permasalahan yang berlaku pada salah sebuah syarikat pembuatan kotak. Permasalahan tersebut adalah permasalahan yang berlaku pada mesin stacker yang tidak beroperasi dengan sempurna mengikut apa yang dirancang. Iaitu berlaku selerakan dalam susunan kepingan kotak ketika dihadapan flap door, dan Si bahagian susun atur. Juga berlaku kerosakan terhadap kepingan kotak yang dihasilkan akibat himpitan oleh flap door apabila flap door tertutup. Dari permasalahan yang berlaku tadi syarikat tersebut mengalami peratusan kepingan kotak rosak yang agak tinggi dan penggunaan tenaga kerja yang berlebihan untuk mengendalikan proses pembuatan tersebut menghalang daripada syarikat tersebut m^mperolehi keuntungan yang maksima. Dari itu kami mengambil kesempatan ini untuk cuba mengatasi masalah ini dengan melakukan pengubahsuaian dan cadangan -cadangan yang boleh dijalankan bagi memperbaiki kesempurnaan dalam menghasilkan produk tersebut. Di samping itu juga peluang kami untuk mempraktikkan apa yang telah kami pelajari dalam teori. Penyediaan model ini adalah untuk menggambarkan sistem yang hampir sama dengan apa yang berlaku di dalam kilang tersebut selepas pengubahsuaian dilakukan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Azmee 91143058 Aziz, Azeze 91352117 Mohamed, Ahmad Dziaudin 90375261 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Bahari, Md Fuad UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machinery exclusive of prime movers T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery > Machine design and drawing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perkilangan) |
Keywords: | Pengubahsuaian mesin stacker, Syarikat Kotak Malaysia Sendirian Berhad, flap door |
Date: | 1994 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48096 |
Download
48096.pdf
Download (121kB)