Abstract
Injap penghenti merupakan komponen terpenting dalam sistem perpaipan. lanya mempunyai dua fungsi yang utama iaitu bagi mengawal kadar aliran air dan memberhentikan pengaliran air . Projek ini adalah mengenai innovasi bagi injap penghenti yang dikenali sebagai EZ-STOPPER. EZ-STOPPER dicipta bagi menggantikan injap penghenti asal yang kerap kali rosak di bilik mandi kolej pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang. Kerosakan sebanyak 46 unit injap penghenti dalam tempoh 4 bulan terakhir 2016 telah dijadikan sebagai faktor utama Kumpulan Hostelier untuk mengambil inisiatif menjalankan projek innovasi ini, EZ-STOPPER telah melalui beberapa peringkat dalam proses innovasi dan juga telah menjalani beberapa siri ujian bagi memastikan keberkesanan fungsi dan juga daya ketahanan alat. Hasil dari innovasi EZ-STOPPER, beberapa impakyang positif telah dicapai iaitu: (1) Penjimatan masa pembaikan - Menjimatkan proses pembaikan sebelum projek dari 8 jam kepada 1 jam sahaja dan tiada lagi proses tempahan alat ganti untuk pembaikan sehingga 6 - 8 minggu, (2) Penjimatan kos pembaikan - Menjimatkan kos pembaikan sehingga RM12,254 (94%), (3) Penjimatan kos alat ganti - Penjimatan kos alat ganti sehingga RM3.522 (98%), (4) Peningkatan kepuasan hati pelanggan - Peningkatan kadar kepuasan hati pelanggan sehingga 78%, (5) Potensi pengkomersialan - Terdapat dua syarikat kontraktor pembaikan telah berminat untuk menggunakan EZ STOPPER sekiranya di komersialkan ke pasaran tempatan kerana kos yang murah serta amat sesuai bagi menggantikan injap penghenti yang asal. Projek innovasi ini juga turut selaras dengan misi dan visi Unit Pengurusan Kolej & Non Residen iaitu menyediakan kemudahan yang kondusif kepada pelajar yang menghuni kolej kediaman
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tukiar, Mohd Azuan UNSPECIFIED Sidek, Mohd Azrul UNSPECIFIED Ahmad, Mohd Munir UNSPECIFIED Ibrahim, Siti Zalipah UNSPECIFIED Mazli Din, Lesairuamin Lelahs UNSPECIFIED Jamil, Mohd Yazid UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mahat, Sabariah UNSPECIFIED Advisor Othman, Rani Diana UNSPECIFIED Advisor Harun, Norazman UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > TC Hydraulic engineering. Ocean engineering > Water resources development |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Keywords: | Sistem perpaipan; Aliran air; Injap penghenti |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47955 |