Resipi rahsia Sunnah / Noor Syahida Md Soh … [et al.]

Md Soh, Noor Syahida and Syed Abdulla, Sharifah Fadylawaty and P.Othman, Noraishah and Mohd Sairi, Faridah and Sulaiman, Wan Rohani and Jaafar, Nur Zahidah (2017) Resipi rahsia Sunnah / Noor Syahida Md Soh … [et al.]. In: Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX 2017). Division of Research and Industry Linkages, Alor Gajah, Melaka.
Abstract

Pengamalan gaya hidup Nabi Muhammad S.A.W perlu diimani, dipercayai dan di aplikasi dalam semua aspek kehidupan secara holistik kerana Baginda adalah model terbaik yang telah menunjukkan secara terperinci pelbagai panduan dalam kehidupan. Dari aspek pemakanan, terdapat makanan yang menjadi kesukaan dan kebiasaan baginda yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam amalan pemakanan seharian. Ini adalah kerana, ianya pasti mengandungi hikmah, kebaikan dan khasiat yang tertentu yang boleh dibuktikan kebenarannya secara saintifik. Buku mini menu masakan "Resepi Rahsia Sunnah" ini dihasilkan bagi memberikan panduan kepada masyarakat tentang amalan pemakanan Nabi Muhammad S.A.W serta resepi-resipi yang boleh di aplikasikan bagi menghasilkan masakan harian yang mudah dan ringkas. Dengan adanya buku mini ini, diharapkan agar tahap kesedaran dan kepekaan tentang amalan sunnah pemakanan dalam kalangan masyarakat secara amnya dan khususnya untuk golongan Muslim semakin meningkat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
47932.pdf
Download (358kB)
Indexing & Metrics